PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu
itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku.
"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan
mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.- Malaysiakini
Aku kurang faham statement "seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga" tu. Nak siap siaga apanya, kita bukan nak kena berperang.
Kalau takat perang poster tu tak libatkan seluruh rakyat. Yang terlibat cuma petugas Pakatan Rakyat dengan 'kontraktor' untuk BN, orang ramai cuma jadi penonton.
Bab lain aku rasa kena siap siaga jugak dari segi mental, pasainya bila ada pilihanraya ni memang berbeza dari hari-hari biasa, polis akan kelihatan lebih ramai, keadaan lebih sesak, dan mungkin akan ada 'tetamu tak diundang' yang akan singgah ke rumah.
Untuk para peniaga pun kena bersedia jugak, bahan nak dijual pun kena tambah sikit teutamanya untuk peniaga kedai makan. Pelanggan akan bertambah bila ada pilihanraya.
Lagi satu yang kena bersiap siaga, pemilik rumah yang takdak orang duduk. Yang ni pun kena bersedia jugak, mungkin akan ramai yang akan bertanya lepas ni, nak sewa untuk seminggu dua ja, paling lama pun mungkin sebulan dua. Jadinya bersedia la untuk letak harga lebih sikit.
Kalau la ni baru nak daftar mengundi, boleh jugak ka depa nak mengundi? Sempat ka?
Kalau ikut khabar angin ada 2 kemungkinan, yang pertama Hj Nizar akan menang kes di mahkamah dan kemudian akan bubarkan dun. Yang kedua Zambry akan umumkan bubarkan Dun sebelum mahkamah umumkan keputusan. Kedua-dua khabar angin tu diakhirnya akan ada pilihanraya Dun Perak.
Jadinya bila keputusan mahkamah rayuan akan diumumkan pada 9 Feb maknanya kalau ikut khabar angin tu paling lewat pun pilihanraya kena dibuat awal bulan April. Tu pun kalau SRP gunakan sepenuhnya tempoh 60 hari untuk SPR mengadakan pilihanraya.
Kalau pilihanraya bulan April pun mana sempat nama nak masuk kalau mendaftar sekarang. Pasainya tempoh mendaftar untuk suku semasa iaitu suku pertama tahun 2010 akan berakhir pada 31 Mac 2010. Biasanya selepas tu SPR akan ambik masa dalam 3 minggu untuk proses 'key-in' data. Lepas tu seminggu pulak untuk tempoh semakan dan bantahan. Lepas tu pulak kurang-kurang seminggu untuk proses 'perbicaraan' bantahan. Lagi seminggu pulak kot untuk sediakan daftar tambahan sebelum perlu diwartakan.
Selepas diwartakan barulah daftar pemilih tu boleh diguna untuk pilihanraya. Proses sebelum mewartakan tu lebih kurang 6 minggu. Maknanya paling awal pun daftar baru tu boleh diguna kalau pilihanraya dibuat pertengahan bulan Mei, dah terlebih dari tempoh 60 hari selepas.
Kesimpulannya, memang tak layak nak mengundi. Walaupun begitu bab kena mendaftar tu menang kena mendaftar. Tumpang tengah ada semangat pilihanraya ni la kena mendaftar, kalau tak mendaftar masa semangat ni tah bila pulak nak mai semangat nak mendaftar, pakai tak sempat memanjang laa...
Kalau tanya aku, aku langsung tak yakin akan ada pilihanraya dalam masa terdekat ni.Sama jugak aku tak yakin sungguh dengan khabar angin yang kata keputusan rayuan tu nanti akan jadi 4-1, kalau terbalik 4 belah Zambry 1 belah Nizar mungkin laa.
Apa pun yang aku percaya tak penting, moga-moga doa orang-orang yang dianiaya dimakbulkan tuhan.
Berkaitan
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash