BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berbaju kuning mengadakan demonstrasi secara aman di luar bangunan Parlimen di sini, bagi membantah pindaan Perlembagaan.Nampaknya kumpulan baju kuning di Thailand masih tak berputus asa dengan usaha depa menggunakan demonstrasi. Depa tak kisah walaupun dengan tindakan depa tu mungkin aktiviti negara akan lumpuh. Pasainya depa tau perkara yang depa perjuangkan tu lebih besar kesannya dari kesan demo tu ke atas aktiviti perniagaan di Bangkok.
Penyokong Perikatan Rakyat Bagi Demokrasi (PAD) berhimpun di luar bangunan itu sejak 9 pagi dan lebih ramai penyokong dari wilayah lain dijangka menyertai perhimpunan itu kemudian.
Mereka merancang untuk mengadakan protes selama tiga hari berikutan kedua-dua Dewan membahaskan pindaan rang undang-undang itu hari ini dan esok manakala pengundian ditetapkan pada Khamis. - Bharian
Malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi yang adil. BERSIH yang satu ketika dulu pernah menganjurkan satu demonstrasi yang berjaya tiba-tiba semacam berputus asa dengan jalan demonstrasi. Malah sampai tahap berikrar takmau dah buat demonstrasi.
Kononnya nak gunakan kaedah "pendidikan awam". Macamana dari tindakan tegas boleh berubah kepada tindakan lembut. Sepatutnya mula dari tindakan lembut, bila tak berhasil ubah ke tindakan lebih keras. BERSIH 2.0 ni boleh terbalik kuang, terpaling hanjap. Dari yang tegas diubah kepada yang lembut.
Dah la tuntutan BERSIH tak dilaksanakan, SPR pulak jadi semakin "BANGANG". Dalam Rang Daftar Pemilih suku ke 3 2010, diujudkan lagi satu status "PENANDAAN PEMOTONGAN - HILANG LAYAK PENGUNDI AWAM" dimana 18,493 nama akan dibuang dari daftar tanpa pengetahuan dan persetujuan depa. Di Perak saja depa buang 2085 orang menggunakan status ni.
Apa tindakan BERSIH 2.0 dalam isu ni. Patutnya depa kedepan dalam isu ni. Dengan motto depa "pendidikan awan" memang sesuai sangat untuk depa menjuarai hak "pengundi awam." Masalahnya apa pun takdak. Laman web depa pun dah lama tak update.
Bukan setakat kerajaan tak dengar suara depa, orang awam macam aku pun tak dengar apa-apa. Aku harap BERSIH 2.0 ni tak gunakan baju kuning pasai tak sesuai, yang sesuai mungkin baju merah jambu. Biar nampak lemah lembut sesuai dengan sikap depa yang LEMBIK!
Bersih 1.0 [sumber pic] |