Maklumat penting berkenaan Daftar Pemilih!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 16, 2009

Maklumat penting berkenaan Daftar Pemilih!!



Aku penuh yakin semua yang mai melawat blog aku ni dah mendaftar sebagai pengundi. Jadinya takdak isu di situ. Tapi aku penuh yakin ramai lagi orang-orang yang disekiling kita yang mungkin tak mendaftar lagi sebagai pengundi. Tak peduli la atas sebab apa pun, tapi yang kita kena ambk tau, betui ka orang yang disekeliling kita yang kita yakin sokong parti-parti Pakatan Rakyat dah pun mendaftar sebagai pengundi.


Hari ni dah 16 September, maksudnya ada lagi 10 hari ja lagi untuk depa-depa yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk daftar sebagai pengundi. Pasai apa aku kata hanya tinggai lagi 10 hari? Aku yakin masih ramai yang tak tau pasai ni dan aku insyaallah tak akan jemu nak bagi penerangan biar semua orang paham macamana cerita berkenaan pendaftaran untuk daftar pemilih yang SPR amalkan la ni.

Walaupun pendaftaran dibuka sepanjang tahun tapi SPR bahagikan tempoh pendaftaran tu kepada 4 suku dengan setiap suku selama 3 bulan. Maksudnya, untuk suku pertama, dari 1 Januari hinggan 31 Mac, suku ke dua dari 1 April ke 30 Jun, suku ke 3 dari 1 Julai hingga 30 September dan suku ke 4 dari 1 Oktober hingga 31 Disember. Jadinya sekarang di dalam SUKU KE 3 TAHUN 2009.

Yang boleh jadi tinggai 10 hari tu pasai SPR menetapkan untuk Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang SPR lantik, borang-borang mesti diserahkan sebelum atau pada 25 haribulan, kalau lepas tu akan borang tu akan diproses untuk suku yang akan datang pulak. Jadinya borang-borang mesti dihantar sebelum atau pada 25 haribulan September ni untuk masuk SUKU KE 3 TAHUN 2009.

Kalau ada yang bagi alasan "Pilihanraya Umum lambat lagi" kat depan aku, memang merah telinga la aku belasah. Silap-silap aku boleh penerajang kat situ jugak. Pasainya, mana tau dalam masa terdekat ni wakil rakyat kat tempat hampa mati pulak, masa tu menangis keluar air mata darah pun tak guna.

Jadinya aku harap sangat, semua orang, aku ulang sekali lagi 'SEMUA ORANG' kena ambik peranan. Kena pastikan semua orang sekeliling kita yang dah cukup 21 tahun dah daftar, kalau belum daftar kita kena pastikan depa daftar dalam masa 10 hari ni. Tak kira macamana cara hangpa nak buat, tapi mesti pastikan depa mendaftar.

Sebagai makluman, yang kata cukup umur 21 tahun untuk SUKU KE 3 TAHUN 2009 ni mesti lahir pada atau sebelum 30 September 1998 1988.

Untuk daftar sebagai pengundi, mudah ja. Boleh hubungi mana-mana Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang SPR lantik. Untuk pengetahuan, SPR ada lantik PPS dari wakil setiap parti politik. Setiap DUN ada sorang. Jadinya cari la mana-mana orang kuat parti mintak tolong. Kalau depa banyak songeh, banyak cekadak, hangpa sekeh ja kepala depa.

Satu cara lagi, boleh pi mana-mana PEJABAT POS, kat situ pun boleh daftar. Kalau depa kat situ pun banyak songeh, hangpa maki ja depa. Depa bukan buat kerja free, SPR bayar kat Pos Malaysia untuk setiap borang yang depa tolong isi. Bekan duit bapak SPR tapi duit kita rakyat Malaysia.

Lagi satu sebagai ulangkaji, tak kira di mana pun kita mendaftar, nama kita akan masuk ke daftar pemilih mengikut alamat dalam Mykad kita. Contohnya kalau alamat dalam Mykad di Titi Serong, walaupun mendaftar di Pejabat Pos Dayabumi, nama akan masuk di DUN Titi Serong, Parlimen Parit Buntar.

Hamgpa paham ka dak ni? Kalau takat paham ja tapi tak buat apa-apa tak guna. Kalau tak paham atau ada apa jugak pun persoalan pasai daftar pemilih ni, boleh email kat aku di cenangau @ gmail.com. Insyaallah kalau aku tak boleh jawab aku akan mintak pegawai SPR tolong jawab. Ramai pegawai SPR kat Ipoh tu yang aku kenai 'geng kita' yang boleh tolong.

Lagi satu akan harap bloggers boloh tolong promosi bab daftar pengundi ni. Untuk tu, aku dah berjaya tolong 'cilok' banner yang menarik macam kat atas dan bawah ni dari laman web SPR. Aku kalau bab nak cilok ni kira ok jugak la.. :D

Untuk yang agak 'rabun' bahasa website, aku sediakan script 'cacing' kat bawah, cuma copy & paste ja 'cacing' yang kat dalam kotak tu. Aku sediakan dalam beberapa size. Kalau pandai boleh ubah sendiri height & width ikut kesesuaian blog hangpa.

Kalau ada soalan boleh email kat aku.



<center><object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,29,0" width="468" height="134">
<param name="movie" value="http://spr.gov.my/index_files/banner_utama/ramadhan.swf">
<param name="quality" value="high">
<param name="wmode" value="transparent">
<embed src="http://www.spr.gov.my/index_files/banner_utama/topinfo.swf" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="468" height="134"></embed></object></center>



<center><object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,29,0" width="340" height="97">
<param name="movie" value="http://spr.gov.my/index_files/banner_utama/ramadhan.swf">
<param name="quality" value="high">
<param name="wmode" value="transparent">
<embed src="http://www.spr.gov.my/index_files/banner_utama/topinfo.swf" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="340" height="97"></embed></object></center>



<center><object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,29,0" width="240" height="69">
<param name="movie" value="http://spr.gov.my/index_files/banner_utama/ramadhan.swf">
<param name="quality" value="high">
<param name="wmode" value="transparent">
<embed src="http://www.spr.gov.my/index_files/banner_utama/topinfo.swf" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="240" height="69"></embed></object></center>


Sekian dimaklumkan dari blogger cap ayam cenangau.blogspot.com

p/s. Kalau ada yang sudi capy paste artikel aku ni kat blog hangpa, aku sangat alu-alu kan. Cumanya apalah sudi kiranya bagi kredit link kat blog aku ni. Kalau takmau keluar macam artikel ni, maksud aku 'script' cacing tu tak keluar, bagi email hangpa kat aku dalam komen, aku akan hantar yang boleh keluar cacing tu.

Bagi yang agak celik html, hangpa kena tukar aksara < dan < dengan code dia baru cacing tu keluar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...