Kenapa Najib akan buat PRU13 sekali dengan PRU DUN Sarawak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 24, 2010

Kenapa Najib akan buat PRU13 sekali dengan PRU DUN Sarawak?

Sumber pic: anakcucunabiadam
utama pasai sokongan terhadap Umno BN dikatakan paling baik masa sekarang semenjak prestasi buruk PRU12 lepas. Kalau beberapa PRK yang terakhir ni boleh dijadikan ukuran, memang nampak sokongan rakyat beralih kembali kepada Umno BN.

Kalau tak silap aku, sokongan berdasarkan kaum kepada PAS, PAS sendiri mengunjurkan sokongan orang melayu cuma antara 38% hingga 40%, orang cina antara 68% hingga 70% dan orang india  antara 40% hingga 45%. Aku malas nak kira tapi aku yakin kalau gunakan angka unjuran tu, Umno masih boleh berasa lega. Masih banyak kerusi yang calon Umno akan menang, malah akan bertambah berbanding PRU12.

Faktor yang kedua, sokongan kepada Anwar Ibrahim dan PKR menurun terutama sekali kesan pemilihan kepimpinan PKR. Kalau sebelum ni, cukup payah nak tengok blog yang menyokong Pakatan Rakyat menghentam Anwar dan PKR tapi semenjak pemilihan baru ni, dah banyak blog yang mula secara terang-terang mempersoal dan menghentam Anwar dan kepimpinan PKR.

Aku yakin lepas ni, serangan Umno BN akan beralih pulak kepada kepimpinan parti PAS. Jangan heran lepas ni kalau ada "trojan horse" dari PAS pulak yang dijadikan alat memburuk-burukkan PAS dan kepimpinan Pas.

Paling tidak pun, Umno tentu punya akan gunakan kesempatan masa pemilihan kepimpinan PAS tahun depan untuk masuk jarum. Pihak risik dan saraf Umno BN pulak tentu punya dah siapkan plan macamana nak kenakan PAS pulak lepas ni.

Bila sokongan kepada PKR dan PAS dah merosot, itulah ketika terbaik untuk Najib bubarkan parlimen dan buaq pilihanraya umum dan masanya pun sesuai untuk dibuat serentak dengan pilihanraya DUN Sarawak yang perlu dibuat sebelum Julai tahun depan.

Faktor paling utama adalah sebab  kerajaan sekarang ni memang takdak duit. Bukan takdak duit untuk SPR buat pilihanraya tapi tak cukup duit untuk buat projek atau program untuk beli undi. Takkan Umno BN berani nak buat tanpa persediaan yang cukup dari segi kewangan.

Kerajaan Umno BN tak mampu nak berbelanja dua kali di Sarawak untuk pilihanraya berasingan. Tambahan pulak selain Sabah, Umno BN sangat-sangat perlu calon BN menang banyak kerusi parlimen di Sarawak.

Kalau PRU 13 dibuat kemudian dari pilihanraya DUN Sarawak. Dah tentu masa kempen PRU13, BN tak mampu nak tunaikan semua janji yang dibuat masa pilihanray DUN Sarawak sebelum tu. Tentu depa takmau rakyat Sarawak kata BN penipu dan tak undi calon BN masa PRU13 nanti.

Aku rasa ulasan tu adalah signal dari SPR, yang memang hasrat Umno BN nak buat PRU13 serentak dengan pilihanraya Sarawak. Tambah-tambah pulak.

Semalam, naib pengerusi SPR semalam dilaporkan berkata:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.

Lebih daripada itu, kata beliau, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri. - Utusan
Pada aku, kenyataan naib pengerusi SPR tu adalah signal nak bagitau yang Umno BN memang berhasrat nak adakan PRU13 serentak dengan pilihanraya DUN Sarawak.

Persoalannya, adakah Pakatan Rakyat bersedia nak hadapi PRU13 awal tahun depan. Aku tak pasti dari sudut lain tapi dari sudut daftar pemilih, pada aku Pakatan Rakyat masih belum bersedia.

Baru ni aku tengok jadual jumlah pengundi baru yang PPS PAS negeri Perak daftar untuk suku ke-2 2010. Kalau ikut angka-angka tu, nampak jelas jauh ketinggalan dari yang Umno dan "kelab penyokong Umno" daftarkan.

Itu belum ditambah pulak dengan undi Pos dari isteri tentera yang dipotong masa suku ke-3 sebab "Hilang kelayakkan sebagai pengundi awam"  yang tentunya akan didaftarkan sebagai pengundi pos pada suku ke-4 kali ni.

Apa-pun aku harap, aktivis parti tak berputus asa. Masih ada lagi tempoh sebulan untuk cari seramai mungkin pengundi baru. Yang bukan aktivis parti pun masih ada masa untuk buat kerja daftar pengundi baru.

Aku yakin, dengan gerakerja yang berperancangan dan target yang jelas, Pakatan Rakyat akan mampu merampas Putrajaya selepas PRU13 kalau diadakan awal tehun depan.
   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...