Patutnya Kedah bukan halang tapi tarbiah wartawan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 16, 2010

Patutnya Kedah bukan halang tapi tarbiah wartawan

Aku tak bersuju tindakan Kerajaan Negeri Kedah melakui Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Helmi Mohamed Khalid yang melarang sebilangan media dari masuk ke dalam DUN Kedah dengan hanya membenarkan sebahagian saja.

mKini melaporkan:
Pada persidangan DUN kali ini, kerajaan negeri hanya membenarkan wartawan daripada Bernama serta akhbar The Star, Sinar Harian, Harakah, Sin Chew Daily, China Press, Kwong Hwa Jit Poh, Guan Ming Daily, Oriental Daily, Nan Yang Siang Pau, Makkal Osai dan Malaysian Nanban untuk membuat liputan. - mKini.
Memang betui pun, tindakan ni memang bercanggah dengan apa yang selalu pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS yang memperjuangkan kebebasan media.

Berdasarkan pemerhatian aku, tak untung mana tindakan tu. Nak kata rakyat akan simpati dengan kita, aku rasa macam tu jugak. Tak tara mana pun kesannya kepada "orang atas pagar" silap-silap lebih ramai yang akan meluat dengan kita. Yang kita dapat mungkin cuma "puas hati aku."

Pada aku biarlah media diberikan kebebasan. Biar depa nak laporkan apa pun. Biar depa laporkan macamana pun. Kalau laporan depa tu tak betui atau boleh dikira memfitnah, Kerajaan Kedah patutnya ambil tindakan undang-undang. Saman media berkenaan. Untung-untung menang kes boleh jugak dapat "pendapatan tambahan."

Ataupun kalau Kerajaan Kedah rasa perlu untuk mentarbiah wartawan ni, mungkin Kerajaan Kedah boleh buat kursus khas, kalau hadir kursus khas ni baru boleh dapat kad khas untuk buat liputan program-program rasmi Kerajaan Negeri. Dalam kursus tu, hangpa belasah la apa yang patut. Nak lagi best, kursus tu cuma sah untuk tempoh setahun saja, tiap-tiap tahun kita boleh menterbiah depa.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...