Dalam terang atau dalam gelap, tolong jangan janji apa-apa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 15, 2010

Dalam terang atau dalam gelap, tolong jangan janji apa-apa

mKini melaporkan:
Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR. - mKini
mStar pulak melaporkan Salahuddin Ayub kata:
“Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.

“Namun keputusan melibatkan semua dalam PAS dan perkara itu perlu diperbincangkan terlebih dahulu sebelum diputuskan lebih jelas dalam mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. - mStar

Kalau tengok dari 2 laporan media tu memang nampak sikit bercanggah. Husam nampak jelas semacam mengalu-alukan kalau Zaid nak masuk PAS. Mungkin dia ada plan sendiri atau pun mungkin jugak dia bercakap mengikut kemahuan PAS Kelantan.

Salahuddin pulak nampaknya tak begitu mengalu-alukan. Sambil mengungkit kontroversi yang dikaitkan dengan Zaid dia kembalikan kuasa untuk menerima keahlian kepada mesyuarat PAS Pusat dan memang pun kuasa tu milik Jawatankuasa PAS Pusat yang perlu bermesyuarat dan meluluskan semua permohonan keahlian masuk PAS.

Persoalannya, patut atau tidak PAS terima kalau Zaid memohon masuk PAS. Kalau ikut hati aku, memang aku kurang bersetuju Zaid masuk PAS. Pada aku akan lebih banyak mudharat dari kelebihan kalau Zaid ada dalam PAS.

Tapi kalau tanya kau, aku akan jawab jawapan standard. "PAS For All" maksudnya PAS terbuka kepada semua jika dia cukup syarat untuk jadi ahli PAS macam yang digariskan oleh Perlembagaan PAS.

Moga-moga kalau dia masuk PAS, PAS Kelantan akan dapat "tarbiah" Zaid Ibrahim jadi seorang yang hebat.

Cumanya kalau dia diterima jadi ahli PAS aku harap PAS terima dia tanpa sebarang syarat atau janji, tak kira dalam terang atau dalam gelap.

Kalau dia rasa dia layak untuk jadi pemimpin dalam PAS biar ahli yang tentukan. Biar ahli yang tentukan sama ada dia layak atau tidak jadi pimpinan dalam pemilihan. Aku harap jangan ada "syura" di mana-mana peringkat untuk bagi dia jawatan dalam PAS, walaupun di peringkat kepimpinan cawangan.

Pasainya, proses pemilihan pimpinan dalam PAS jugak adalah sebahagian dari "tarbiah."

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...