Harap boleh tolong hebahkan benda ni. Bukan pasai makan malam tu sangat, tapi yang lebih penting RM50.00 sorang tu. Bukan angka 50 tu tapi yang RM tu.
Hangpa jangan dok tengok sangat muka 4 pemimpin yang kat atas tu. Kalau takat pemimpin macam depa tu naik turun mahkamah, aku tak berapa nak peduli sangat masalah kewangan depa, pasai aku yakin ramai orang koperat yang sumbang untuk depa. Bahkan aku yakin, ada spesis "cukong" yang sanggup "melabur".
Tapi tolong bayangkan muka-muka selain dari depa tu. Ramai lagi yang terlibat yang di tahan dalam kes-kes politik terutama sekali yang ditahan bersama dengan bang Mat Sabu. Depa-depa ni la yang nak dibantu. Depa-depa ni rata-ratanya bukan orang banyak duit, tambah-tambah pulak yang dari kalangan Unit Amal.
Kalau ikut yang tulis kat atas tu, 43+19+10=72 orang semua. Kalau setakat sekali pi mahkamah selesai ok la jugak, masalahnya tah berapa kali dah naik turun mahkamah kes tu belum selesai lagi. Cuma kes BERSIH saja yang selesai baru ni, buang kes.
Duit peguam aku yakin depa tak kena bayar pasai dengar ceritanya memang peguam kita tak kenakan bayaran tapi perbelanjaan yang lain-lain depa kena bayar. Contohnya, paling kurang pun duit transport depa, duit makan depa nak kena bayar jugak.
Dah la depa ditangkap pasai kita, pasai BERSIH, pasai PROTES, pasai mempertahankan komitment PAS/Pakatan Rakyat. Nak harapkan kita berdepan dengan Polis? Takkan takat nak menyumbang sikit untuk sama-sama membiayai perbicaraan kes depa pun kita nak berkira.
Mesti ada yang kata RM50 tu mahal sangat. Memang mahal la bagi setengah orang yang mungkin gaji dia sebulan lima enam ratus. Tapi takkan untuk yang gaji beribu sebulan pun kata mahal jugak.
Baru ni masa Hari Raya Aidil Adha, semua tok khatib cakap pasai berkorban. Lembu sekor 2 ribu lebih atau sekurang-kurangnya satu panggu tiga ratus lebih boleh berkorban, takkan RM50 pun nak berkira.
Untuk menyumbang bank-in ke akaun nombor
BANK ISLAM 08040010033839 atas nama PAS KASAWAN TAIPING
Kalau dah masukkan duit tolong hubungi Man Kasut (019-5069978) untuk rekod.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor kad dalam kad tu.