SPR senang-senang buat keputusan lucutkan status depa sebagai orang awam. TaH undang-undang mana depa pakai, SPR boleh suka-suka potong nama bini tentera dari daftar pemilih atas status "PENANDAAN PEMOTONGAN - HILANG LAYAK PENGUNDI AWAM"
Untuk Rang Daftar Pemilih 2010 suku ke 3, di Perak saja ada seramai 2085 orang yang nama depa dipotong dari dafrtar pemilih atas status ni. Aku yakin, depa ni akan didaftarkan sebagai pengundi baru untuk suku yang akan datang sebagai pengundi Pos.
Aku cukup setuju dengan apa yang Fadzil Kemi kata:
Jika begitu, sambung Fadhil, ianya berkemungkinan mempunyai agenda tertentu untuk menggunakan undi pos sebagai 'fixed deposit' dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. - HrkhDi Perak saja untuk Rang Daftar Pemilih 2010 suku ke 3, ada seramai 6837 isteri tentera didaftarkan sebagai pengundi pos.
Aku rasa, SPR baru perasan yang ramai dari kalangan isteri tentera tak mendaftar sebagai pengundi pos. Depa rasa rugi kalau puak ni undi sebagai orang awam. Jadinya, untuk memudahkan kerja depa, depa potong semua nama isteri tentera yang bukan pengundi pos dan lepas tu daftarkan semula depa sebagai pengundi baru jadi pengundi pos.
Itu dah satu benda yang cukup jelas salah. Tapi kesalahan tu tak terhenti setakat tu.
Satu lagi masalah, nama-nama yang berkenaan tu kalah dah sah dipotong, depa tak boleh mengundi kalau ada pilihanraya kecil dalam masa terdekat. Pasainya mana depa belum didaftarkan semula lagi. Nama depa mungkin akan didaftarkan semula untuk suku yang akan datang. Maksudnya selagi nama depa tak disahkan masuk semula, depa tak boleh mengundi.
Senang ceritanya, depa tak boleh mengundi paling kurang dalam masa 3 bulan. Kalau ada pilihanraya dalam masa tu, depa tak boleh mengundi. Semua tu, adalah sebab SPR bangang. Sanggup buat apa saja demi untuk memastikan Umno BN menang dalam pilihanraya. Tapi nak heran apa, dah menang sah-sah SRP tu kelab pengyokong Umno Bn
Nota kaki