Apa dah jadi dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 26, 2010

Apa dah jadi dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah?

Detikdaily melaporkan:
Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.

Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.

"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."

Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.
"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.

"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas. - Detikdaily
Aku dah lama cari "jawapan" dari isu yang dijaja media Umno BN, akhirnya jumpa jugak jawapan balas. Walaupun lambat tapi akhirnya keluar jugak. Yang aku mushkilnya, apa pasal aku tak jumpa artikel ni dalam Harakahdaily, padahal Azamin Amin tu Ketua Biro Harakah Kedah.

Kat dalam wartakedah.net pun aku tak jumpa jawapan isu-isu pasai banjir tu. Yang ada pun cuma pemberitahuan Risalah tangkis dakyah isu banjir akan diedar ke seluruh negeri. Hangpa nak tengok kena download kat sini.

Cantik, menang la cantik. Penuh dengan gambar dan juga transkrip penuh Video Clip penjelasan olen MB Kedah. Takdak pun cerita pasai isu tak dapat makan di pusat penempatan banjir atau isu Exco ambil balik sumbangan. Takkan dari 4 orang wartawan yang ada takdak yang terfikir nak cover isu tu.

Lagi satu, aku nak komen pasai risalah tu. Risalah tu langsung tak mesra web, maksud aku, nak copy paste pun tak sesuai. Lagi satu, nak print pun tak sesuai. Mungkin kut depa tak terfikir yang isu banjir di Kedah ni langsung takdak kesan diluar Kedah kut. Aku tak fikir Urusetia Penerangan negeri Kedah akan print banyak-banyak untuk sebaran diseluruh negara.

Kalau la risalah tu "mesra pengguna" aku yakin akan ada yang sanggup print sendiri risalah tu, paling kurang pun untuk dilekatkan di papan kenyataan kalau pun tak photostat banyak-banyak untuk disebarkan.


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Nasib baik la ada Awang Janggut yang tera buat videoclip lengkap dengan skrip dan VO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...