Lee Hock Seng - Perginya seorang Pejuang Petrotik | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 26, 2010

Lee Hock Seng - Perginya seorang Pejuang Petrotik

Apa bila sebut nama Lee hock seng tak syak lagi para aktivis PAS di kawasan DUN Kubang Rotan Parlimen Kuala Kedah sudah tentu mengenalinya.Bukan sekadar itu saja malah sikap dan semagat ketekunan dalam merperjuangkan perinsip kehidupan keadilan sejagat melalui wadah perjuangan PAS.

Individu ini telah banyak membawa kesedaran pada ahli PAS itu sendiri apa bila pengorbanan seorang bukan islam memperjuangkan cita cita islam.Seorang yang telah berjasa pada Pas dalam membantu kemenangan PAS KEDAH pada PRU 12.

Anjakan para digma dari segi sokongan para pengundi Tiong hua di sekitar kuala Kedah merupakan hasil kerja beliau yang jarang di tonjolkan oleh kawan kawan berbangsa tiong Hua secara terbuka .Secara terbuka tanpa segan silu menyarong baju T yang terpampang gambar calon secara terbuka mampu berpidato dan berhujah dengan pihak lawan semata mata menegakkan kebenaran serta mengistiharkan sokongan pada calon PAS.

Pada 11 Nov.,2010 tidak ketahui jam berapa Lee menghembus nafas yang terakhir di kediamannya Utan Kampong Kedah bersaorangan tanpa di ketahui sesiapa.Mayat nya di terbujur kaku selama tiga hari di atas katil yang usang hanya apabila kawan kawan menaliponnya selama tiga hari tidak di jawap baru lah masyarakt di situ menyedari bahawa beliau telah meninggal duni.

Yang pasti ialah mayat beliau tidak di temani sesiapa selama tiga hari sebab tiada siapa yang menyangka ajal Lee sudah pun berakhir.Ketika itu Banjir besar sedang melanda Kedah khususnya Kuala Kedah air Bah semakin menganas Pertugas yang terhad membuatkan para aktivis sukarela agak kalam kabut tidak terlintas apa apa kejadian yang tidak di ingini belaku pada Lee sebab rumahnya jauh dari bilik gerakan banjir Kuala Kedah.

Sungguh menyayat hati apabila di beritahu bahawa beliau telah meninggal dunia selama tiga haru baru lah di sedari oleh Keluarganya.Timpat tinggal beliau yangcukup Usang dan tidak mempuyai ramai saudara mara dan tiggal bersaorangan. Beliau meninggalkan seoarang anak yang tidak tahu dimana dia sekarang dan hidup beliau sebatang kara apa bila bercerai dengan isterinya sekian lama.

Lee memilih jalan hidup yang zuhud walaupun sanak saudaranya kaya raya ramai diantaranya ahli perniagaan namun Lee memilih jalan perjuangan hidup merantau di sekitar pelusuk Negeri Kedah menyampaikan wadah perjuangan PAS. Hanya meninggalkan harta sebuah basikal buruk dan motor sikal buruk itu lah harta Lee selain dari seorang anak yang beliau sendiri tidak berjumpanya sekian lama.

Semagat juang yang tinggi jiwa petrotik yang dinilai sebagai seorang tokoh tempatan beliau di akui mempuyai banyak kelebihan walau pun nampak dari segi zahir hanya berbasikal dan seolah olah tiadak terurus namun semagat petrotik yang tinggi nilainya merupakan kebangaan pada Lee.

Kemahiran pada Lee dalam membuat ramalan serta kiraan politik tanah Air sering menjadi keyataan. Kelebihan pada beliau jarang ada pada man man tokoh politik tanah air sehingga dapat menghafal fakta fakta sejarah dengan tetap.

Saya masih ingat lagi tiga hari sebelum membuang Undi dalam PRU 12 yang lalu beliau begitu bersemagat dan dengan cukup yakin mengatakan kali ini Parti komponent PAS, PKR dan DAP akan menang besar dalam PRU 12 nanti. Kedah, PP, Perak hingga Selangor kita akan menawan itu negeri itu.

Tak syak lagi pabila keputusan pada malam kiraan undi parti Pembangkang mula mendapat berita yang menakjubkan dan mengejutkan, Lee Hock Seng hanya tersenyum dan menjerit,”Wa sudah cakap ini kali itu itu BN habis ”Kita sapu semua negeri di utara hingga ke Selangor. Atulah (Abdullah badawi) boleh lali Malam”. Dia punya bintang sudah malap sudah tak tak api.

Baca selanjutnya di sini


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...