Dalam video juga Ust Azizan belasah PM dan menteri yang buat kenyataan tak cerdik, lepas cuma ambik laporan dari ketua Umno. Tu pun lepas seminggu banjir. Langsung tak jenguk Bilik Gerakan Operasi Banjir Negeri yang kat situ ada semua agensi negeri dan pusat yang terlibat.
Ust Azizan juga cerita pasai kesan pembinaan landasan. Dia kata maklumat tu dari Jabatan Saliran yang jugak agensi pusat. Memang la banjir tu pasai hujan lebat tapi projek pembinaan landasan tu melambatkan air surut di beberapa tempat saliran air kecil dan tak cukup. Ust Azizan jugak belasah KTM, yang cuma bising pasai depa punya rugi tanpa fikir kerugian orang ramai.
Ust Azizan jugak cerita yang bukan saja Perak bantu bagi lori tangki air, Penang dan Selangor jugak bantu sebab SADA tak cukup lori tangki.
Banyak lagi benda yang Ust Azizan cerita dalam video ni, hangpa dengar sendiri la.
Cumanya aku ada sikit tak puas hati. Awat ust Azizan langsung tak sebut Unit Amal, memang la meliputi bila dia sebut NGO tapi sepatutnya bagi la kredit lebih sikit kat Unit Amal yang bertungkus lumus turun dari seluruh negara untuk bantu mangsa banjir.
Kredit untuk Urusetia Penerangan Negeri Kedah yang buat video ni.
Sumber: Facebook Awang Janggut
Berkaitan