Memang dari PRK Bukit Gantang dulu blogger Umno tak berani berdebat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 26, 2010

Memang dari PRK Bukit Gantang dulu blogger Umno tak berani berdebat

Nampak sangat Taiping Mali ni memang penakut. Kalau penakut nak berdebat tu mengaku saja la. Nak buat macamana kalau dah memang jenis penakut, mengaku penakut saja la. Senang macam tu.

Tapi nak mengaku penakut malu kut, jatuh la sandard kalau mengaku penakut. lepas tu mula la membebel macam-macam. Rata bersilat sampai nama Nga Kor Meng pun dikaitkan sekali.  

Lain kali, kalau tak beran nak berdebat jangan la sampai tersasul ajak orang berdebat. Bila orang dah sahut cabaran tu, mula la rasa kecut perut. Mula la merapu membebel taktau punca. Pemuda Pas Perak gila glamour la, Pemuda PAS Perak teringin nak jadi YB la, politik murahan la...

Aku sebenarnya tak heran langsung Taiping Mali takut nak berdebat. Memang blogger Umno takut nak berdebat. Aku ingat lagi masa tengah hangat kempen PRK Bukit Gantang, geng BloggerPembelaNegara (BPN) cabar geng BloggersNetworkPerak (BNP) berdebat.

Macam tu jugak la, masa mula beriya-iya blogger BNP kutuk kata bloggers BPN tak berani tapi bila dah blogger BNP sambut depa terus menikus. Macam-macam alasan depa bagi, macam-macam helah depa cari.

Bloggers BNP kata sanggup bila-bila masa pun dan atas isu apa pun, cumanya kena buat di tempat yang terbuka, biar ada penonton dan yang paling peting tempat tu mesti ada lne internet sebab aku dengan Dugung dah tak sabar-sabar nak set-up live streaming. Bila dengar macam tu, terus bloggers BPN kecut.

Lepas tu mula la depa macam-macam, sampai ke satu tahap depa ajak berdebat guna YM. Apa barang berdebat guna YM. Depa cadang suruh guna YM tu bukan apa, kalau agak-agak tak boleh dah nak berhujjah senang-senang boleh log-off, lepas tu boleh bagi alasan line tiba-tiba terputus.

Kalau tak percaya, tanya si Abang Gomo (kah kah kah!!!) Tak pun tanya si Perak Bangkit. Dengar khabar anginnya Panglima Perang Siber yang tak berani sebenarnya, budak Gomo dah melawan tokey, terlepas cakap masa dia mengayat... kah kah kah...

Kalau tak berani tu mengaku saja la. Tak payah la nak memusing merata bagi tulis benda-benda yang tak berkaitan. Kalau agak-agak malu nak mengku pengecut bagi la alasan yang awak tu cikgu sekolah kebangsaan, tak dibenarkan aktif berpolitik. (Betui ka dak maklumat aku dapat ni aku pun taktau)

Nota kaki makan cekam:  Lain kali kalau tak berani nak berdebat buat macam aku, aku mengaku siap-siap aku memang tak berani nak berdebat pasai aku memang tak pandai seni berdebat, tapi kalau nak bertengkar bila-bila pun boleh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...