Contoh cara kerja YB PAS, ziarah 22 rumah kenduri sehari. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 28, 2010

Contoh cara kerja YB PAS, ziarah 22 rumah kenduri sehari.

Sebelum ni aku pernah tulis pasai Adun Kupang ni. Kat posting tu aku tulis "kalau tengok blog dia mungkin ada orang yang sanggup kata dia ni jenih YB makan elaun buta." 

Aku dok pantau jugak blog pkwr-kupang.blogspot.com tu, memang sampai la ni takdak update langsung. Rupa-rupanya depa dah buat blog baru guna nama dia sendiri ybcikgujohari.blogspot.com.

Bila dulu aku tulis "Yang aku semangat nak tolong tu bukannya apa, pasainya YB sorang ni pada aku sangat-sangat layak untuk ditolong. Program dia setiap hari sangat-sangat padat" aku bukan saja-saja kata nak angkat dia, tapi memang jadual dia padat sungguh.

Kalau tak percaya hangpa tengok contoh jadual ziarah kenduri kat bawah ni.


Aku sokong depa bubuh imej jadual ziarah rumah kenduri tu. Walaupun ada yang 'belasah' kata dia nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya aku yakin depa bukan berniat nak menunjuk-nunjuk tapi depa rasa depa kena tunjuk.

Buat kerja politik kalau takmau tunjuk kat orang tu namanya bangang. Macamana orang nak undi kita kalau orang taktau yang kita memang boleh buat kerja dan memang kita buat kerja.

Kalau sebelum ni aku pernah dengar dia pi kenduri sampai 15 tempat, rupa-rupanya kali ni lagi gila dia buat. Sampai 22 buah rumah kenduri dalam satu hari dia boleh pi.

Masa aku sembang sekali dulu dia pernah bagi sebab pasai apa dia tak kisah kena pi rumah kenduri, banyak mana pun dia akan cuba jugak pi selagi ada masa dan takdak program lain yang lebih penting.

Pasainya dia kata, rumah kenduri tempat paling mudah kita nak jumpa dan salam dengan pengundi kita. Satu kampung kita boleh salam, orang Pas ada orang Umno  pun ada.

Bila jumpa tu macam-macam maklumat kita boleh dapat. Kalau ada apa-apa masalah depa boleh mengadu terus kat situ. Tak payah susah-susah depa nak kena pi Pusat Khidmat.

Lagi satu, pi rumah kenduri ni maksudnya kita penuhi hajat orang. Bila kita dah tunaikan hajat orang, insyaallah sampai masa pilihanraya depan depa ingat kita, silap-silap sampai mati depa ingat kita.


   ~Cenangau Daunkari~

Nota kaki makan cekam:  Aku harap depa rajin lagi update blog tu. Kalau boleh dijadikan rutin harian lagi bagus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...