Kalau betui ada 4 lagi Adun nak lompat, biar depa lompat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 28, 2010

Kalau betui ada 4 lagi Adun nak lompat, biar depa lompat

Tak habih-habih PRK Selangor ni. Ingatkan bila dah selasai retreat 2 hari, Majlis Pimpinan Tertinggi pun dah selesai mesyuarat, keputusan pun dah dibuat boleh la reda sat kecoh PKR di Selangor.

Rupa-rupanya tak reda jugak. Hari ni timbul pulak desas-desus kata ada 4 Adun PKR Selangor nak melompat keluar pasai tak puas hati Khalid masih jadi MB. Yang lagi menarik siap dinamakan lagi 4 orang Adun tu.

Malaysian Insider melaporkan:  
Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. TMI
Dan memang standard depa-depa yang dinamakan tu semuanya menafikan khabar angin tu. Aku harap khabar angin ni tak betui. Aku harap depa memang takdak terniat pun nak keluar PKR.

Tapi aku nak ingatkan kalau betui depa nak keluar PKR, jangan ada pulak yang pi pujuk depa. Biar depa keluar. Biar betul-betul ujud "pembersihan" dalam PKR.

Buat apa simpan wakil rakyat tak boleh harap macam tu. Ada masalah tak puas hati sikit terus gertak nak lompat parti. Langsung tak fikir tanggungjawab depa dengan pengundi yang mengundi depa.

Buat payah ja simpan wakil rakyat jenih macam tu. Kata la depa ada masalah peribadi dan kali ni kita boleh tolong selesaikan masalah depa. Apa jaminan lain kali depa takdak masalah lagi. Takkan memanjang kita nak kena tolong selesaikan masalah peribadi depa.

Kalau nak kira ada masalah peribadi, semua wakil rakyat ada masalah peribadi. Takdak pulak terfikir sampai nak lompat parti, khianat kepada kepercayaan yang parti bagi, khianat kepada kepercayaan yang rakyat bagi.

Kalau betui depa memang ada niat nak lompat biar pi depa lompat. biar depa jadi kupang tembaga. Pilihanraya depn senang sikit nak pilih calon yang benar-benar boleh diharap.

Lagi pun kalau takat 4 orang Adun lompat, Selangor masih Pakatan Rakyat pegang. Apa nak takut.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Biar semua lompat, alang-alang nak bagi bersih biar betul-betul bersih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...