GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman yakin kemunculan portal berita dan perniagaan ebeL@e-Beli.com boleh menjadi pusat penerimaan maklumat berguna untuk rakyat.
"Sepatutnya program internet di perlebarkan kerana ia cukup luas dan sukar disekat, sebab ia berada di alam maya. Gunakanlah peluang yang ada untuk tujuan baik terutamanya tentang apa yang kerajaan lakukan supaya orang ramai dapat mengetahui dengan jelas tanpa putar belit, " tegasnya.
Penggunaanya yang meluas pasti memberi kesan pada masyarakat dalam jangka masa panjang tambahan lagi kesedaran orang melayu dalam kancah politik tidak meningkat dan memerlukan usaha yang lebih agresif terpaksa dilakukan.
Beliau mengakui melalui cabang internet masih tidak mampu mengubah kefahaman orang melayu terhadap isu yang berlaku terhadap negara melainkan ianya disebarkan menerusi cetakan.
Memandangkan teknologi maklumat begitu cepat perkembangannya, beliau berharap portal ebeL@e-Beli.com memberi penumpuan tentang pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di samping negeri lain demi melawan arus media perdana yang tidak memberi tempat untuk Kerajaan Negeri memperjelaskan kedudukan sebenar terhadap isu yang timbul.
"Kita menyediakan berita, isu yang berlaku dan perniagaan dalam satu portal. Ia dirancang untuk kepentingan orang ramai mendapatkan maklumat yang sahih, " tambahnya.
"Rakyat berpeluang bertanya masalah atau krew kami akan ke tempat anda bagi mendapatkan masalah setempat untuk diketengahkan kepada Adun supaya Adun dapat bertindak menyelesaikan masalah rakyat dengan berkesan dan terurus, " katanya.
Turut hadir dalam majlis peramian itu tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Rosidi Husein, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Ishak, pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang (PKR) dan DAP Negeri.
Sumber: Al-Banjari
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10