Malaysia nak potong subsidi minyak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 27, 2010

Malaysia nak potong subsidi minyak?

Masa ronda dari blog ke blog aku terjumpa links di blog Pak Bakar Penarikbeca. "Idris Jala: Malaysia risks becoming next Greece" dan Power crunch possible by 2017 says analyst

Malaysiakini melaporkan:
Malaysia risks becoming the next Greece unless voters swallow subsidy cuts that will see the price of petrol, food, electricity and other staples rise, a government minister warned today. - Malaysiakini
Takat tu ja yang aku boleh baca pasai aku tak mampu nak subscribe dengan Malaysiakini. Tapi setakat tu pun dah cukup sekurang-kurangnya nakbagi tau yang Umno BN mula nak mainkan lagu baru. Lagu kali ni, depa macam nak salahkan rakyat pasai 'telan' banyak sangat subsidi.

Jadinya, kalau kita takmau Malaysia jadi macam Greece yang hampir bangkrap (ada yang kata dah bangkrap) kita sebagai rakyat Malaysia kena terima hakikat yang kita terlalu bergantung kepada subsidi, sekurang-kurangnya itu hakikat yang depa nak rakyat Malaysia percaya.   

Aku memang tak faham pasai ekonomini. Kalau orang kata aku tak faham langsung pun aku terpaksa terima. Pasainya aku memang tak faham.

Bila baca apa yang MalaysianInsider laporkan aku jadi makin tak faham:
Petronas spent RM19.7 billion on natural gas subsidies in 2008 of which subsidies for IPPs amounted to RM13.8 billion, a 17.9 per cent increase from the previous year. - MalaysianInsider
Ada orang Umno pernah bersembang dengan aku pasai isu IPP ni. Dia kata "Bila IPP pun dapat subsidi minyak, harga elektrik yang sepatutnya mahal jadi murah, keuntungan tu rata dapat untuk seluruh rakyat Malaysia. Kat mana tak adilnya?"

Aku persoal balik pasai apa nak kena bagi subsidi untuk seluruh rakyat Malaysia. Sepatutnya subsidi tu kita bagi untuk golongan yang memerlukan, yang pendapatan tak cukup untuk keperluan paling asas untuk hidup sebagai manusia. Lagu tu baru adil.

Bila subsidi dibagi cara tu, akhirnya orang yang kaya akan dapat nilai subsidi jauh lebih besar dari orang miskin. Contoh mudah, agak-agak untuk pi kerja, berapa CEO yang gaji berpuluh ribu yang guna kereta Mercedes S series dapat subsidi minyak berbanding dengan penoreh getah yang guna motosikal honda lampu bulat?

CEO tu mungkin tak ingat pun berapa harga semasa petrol berbanding si penoreh getah yang mungkin terpaksa beli ikan pecah perut pasai takut tak cukup duit nak isi minyak.

Apa pun,aku yakin sebenarnya Malaysia berupaya untuk bagi subsidi lebih tinggi yang kerajaan la ni bagi kalau kita boleh bebaskan Malaysia dari rasuah yang dah jadi macam amalan biasa dan dah berakar teguh dalam masyarakat.

Untuk pastikan rasuah benar-benar diperangi di Malaysia, Umno BN wajib ditumbangkan dulu.


Nota kaki makan cekam: 


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...