PAS sokong Ahli Majlis PBT | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 28, 2010

PAS sokong Ahli Majlis PBT

Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 27 Mei: PAS menyokong keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Petaling Jaya, Selayang dan Ampang Jaya yang tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan dan tindakan tersebut menunjukkan satu keberanian dan ketegasan PBT yang memahami kesan yang bakal dihadapi negara dari amalan perjudian.

Katanya, apa yang boleh dilakukan oleh PBT ialah tidak mengeluarkan lesen premis judi bola sepak kepada Syarikat Kumpulan Berjaya Corp yang mendapat lesen untuk mengendalikan perjudian itu.

Keduanya, kata beliau ialah seperti mana kenyataan yang dibuat oleh Berjaya bahawa mereka akan menggunakan premis dan kemudahan Sport Toto yang sedang beroprasi secara sah untuk dijadikan pusat pengoperasian kegiatan judi bola sepak, maka pihak PBT boleh menarik balik lesen premis yang telah dikeluarkan sebelum ini kepada Sport Toto kerana menjalankan penambahan aktiviti judi tanpa kebenaran PBT.

PBT juga, katanya hendaklah menolak sebarang permohonan penambahan aktiviti judi yang dikendalikan di premis Sport Toto.

“Dengan ini kita dapat menghalang kegiatan judi yang sangat besar tranksaksinya yang dijangka RM2 bilion sehari. - Harakahdaily
Sebelum tu, Malaysiakini melaporkan:
Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.  - Malaysiakini
Aku tak paus hati, pasai apa PAS jadi tukang sokong ja. Patutnya PAS duduk kat depan,, kalau tak boleh bagi arahan pun sekurang-kurang jadi pendesak dalam isu judi ni.

PAS sepatutnya gunakan kesempatan isu judi bola ni untuk betul-betul perjuangkan pengharaman semua jenis judi. Paling kurang pun PAS kena "ubah dengan tangan" ke atas negeri-negeri yang PAS berkongsi berkuasa. Pada aku tak cukup PAS sekadar "tegur dengan lisan" saja.

Lagi satu, aku harap DPPP yang menggerakan GMJ supaya jangan hanya menentang judi bola saja, jangan hanya menjurus kepada judi bola saja, tapi kena menentang semua jenis judi.

Memang aku pun bersetuju kalau ada yang kata, PBT tu buat keputusan tu atas cadangan Ahli Majlis yang juga ahli PAS. Tapi depa buat cadangan tu atas cadangan peribadi saja. atas kesedaran dan rasa tanggungjawab . Tapi kalau DPP Pusat yang menjuarai isu ni bersungguh-sungguh tentu la akan lagi cantik.

Aku mushkil sikit, apa jadi dengan Pekeliling DPPP kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terutamanya dengan negeri Kedah yang hangat sat dulu?

Nota kaki makan cekam:  Takkan DPP Pusat jadi tak berani bila kena belasah dengan Ust Azizan sekali tu.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...