Setakat ini tiada lagi lompat parti, lepas ni mungkin ada | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 26, 2010

Setakat ini tiada lagi lompat parti, lepas ni mungkin ada

Malaysiakini melaporkan, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang di parlimen berkata:
"Ya, setakat yang kita tahu (tiada). Tetapi kalau tawarannya naik daripada RM2 juta kepada 5 juta, saya tak tahu. Setakat ini kita dengar keadaan terkawal," katanya menyifatkan 'pamitan ke sebelah sana' (Umno) sudah berlalu. - Malaysiakini
 Apa sangat kalau takat 5juta pada Umno. "derma jihad jahat' dari Vincent Tan pasai dapat lesen judi bola pun dah berapa. Kalau takat nak beli 3 Adun PKR di Kedah aku yakin lebih dari tu pun Umno sanggup bayar. Tu tak kira lagi komisyen yang dapat dari Singapura, takkan tak dapat apa-apa dari Singapura kot.

Malaysiakini juga melaporkan: 
"Kita sekarang nasihati kawan-kawan kita buat pita rakaman (tawaran melompat parti)," katanya ketika dikunjungi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

"Rakaman (menunjukkan) kalau disogok dengan wang. Kita cuba dapatkan dengan (pita rakaman) itu. Kalau lapor pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) tak ada kesan.

"Maknanya, kalau kita ambil rakaman, kita boleh edar pada orang ramai. Saya tak yakin institusi pemerintah akan lakukan apa-apa, kerana ini arahan pimpinan negara." - Malaysiakini
Dari sudut lain, kenyataan dari ketua Umum tu seolah-olah bagi kebenaran wakil rakyat PKR untuk berunding dengan Umno. Lepas ni kalau ada wakil rakyat PKR yang pi jumpa pemimpin Umno jangan ada yang pandai-pandai nak sekat. Biar depa berunding sepuas-puasnya.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Kita akan jelaskan pemilihan (calon) lalu, dengan keadaan terbatas, tak tamai golongan profesional, sarjana dan intelektual sanggup (bertanding), jadi kita pilih yang ada sahajalah. - Malaysiakini
Dari segi lain, kita kena terima, calon-calon untuk PRU13 yang tak bertanding masa PRU12 dulu, mungkin hampir semuanya jenih tak berapa boleh diharap/Masa susah depa takmau berjuang tapi bila dah nampak ada peluang jadi Menteri atau Exco, depa pakat berebut nak jadi calon.

Apa pun, jangan terkejut kalau menjelang Kongress Tahunan PKR hujung bulan ni, ramai lagi yang keluar PKR.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Nasib baik la tak ramai calon PKR menang di Dun Kedah

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...