Malaysia tidak rugi, yang rugi KTMB | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 26, 2010

Malaysia tidak rugi, yang rugi KTMB

mStar melaporkan:

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata 'formula' yang dicapai oleh Malaysia-Singapura bagi membangunkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik itu akan menguntungkan kedua-dua negara. - mStar
MalaysianInsider pulak melaporkan:

JOHOR BAHARU, 25 Mei — Malaysia tidak rugi apa-apa apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu.

Malah, perpindahan stesen itu ke Woodlands pada 2011 berjaya menyelesaikan banyak isu sensitif yang mengekang hubungan kedua-dua negara sejak 20 tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu. - MalaysianInsider
Harakahdaily pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia. - Harakahdaily
Aku tak mau nafikan, memang betul dua-dua negara untung, dua-dua negara tak rugi. Tapi yang lebih aku nak tau sapa yang lebih untung. Yang herannya pasai apa kerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd bukan dengan KTMB. KTMB tu anak syarikat Khazanah Nasional Bhd ka?

Kalau ikut laporan Harakahdaily, memang dah tentu untung, bukan takat untung biasa-biasa tapi untung besar. Mana ada bisness judi yang rugi. Orang yang berjudi kalau rugi memang biasa tapi tokey judi aku tak pernah dengan ada yang rugi. Kalau rugi pun mestiada sebab-sebab lain, contohnya bila kerajaan tutup premis judi.

Kalau pun Malaysia tak rugi tapi yang jelas rakyat Malaysia dah kalah. Kalau selama ni kita mampu pertahankan hak kita tapi pemimpin Umno senang-senang serahkan hak kepada Singapura,macam tanah tu mak bapak depa yang punya. Rakyat Malaysia kalah pasai dipimpin orang Umno.

Kalaupun memang depa ada kuasa, patutnya bawak berbahas dulu la di parlimen. Biar semua wakil rakyat berpeluang berhujjah secara ilmiah dan fakta. Biar wakil rakyat nyatakan pendapat, pendapat yang mewakili rakyat. Tak kira la depa ada majoriti pun, kalau takut baik tak payah ada sidang parlimen.

Walau apa pun, aku yakin ada individu yang dapat untung. Untung besar, untung atas angin. Untung tak payah keluar modai, cukup sekadar modai air liur. Untung besar tak habih makan sampai anak cucu.

Nota kaki makan cekam:  Kalau betui tanah ganti tu nak dibuat tempat perjudian, dah barang tentu ada yang rugi diakhirat nanti...

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...