KUCHING, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk mengganti kaedah pengundian pos dengan pengundian awal bagi memudahkan pengundi, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Secara semangatnya aku sokong cadangan SPR ni. Tapi masalahnya tak tau pulak mana 'lubang' yang SPR akan buat untuk bagi kelebihan untuk Umno.
Beliau berkata SPR masih mengkaji perkara itu kerana prosedur pengundian pos sedia ada amat teknikal dan memerlukan pengundi menghantarkan sampul B yang mengandungi borang serta sampul A yang mengandungi kertas undi ke pejabat pegawai pengurus sebelum pukul 5 petang hari pengundian.
"Kita juga akan melihat kemungkinan ia digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.
Namun cadangan tersebut, katanya, tidak membabitkan pengundi di luar negara yang masih memerlukan perkhidmatan pos. - Bernama
Kalau betui macam yang aku paham, maknanya pengundian untuk undi pos selesai sebelum hari mengundi pengundi awam.
Kalau ikut laporan kat atas tu, pengundi pos tak lagi melibatkan perkhidmatan pos,maknanya tak pakai pos lagi kecuali untuk pengundi di luar negara yang tak berapa orang sangat. Maksudnya pengundi pos tu mesti balik mengundi jugak sebelum hari mengundi sebenar.
Sekurang-kurangnya kita tak payah kesah sangat pasai undi pos masa hari mengundi. Lagi baik kalau pengiraan unti pos tu SPR buat lebih awai. Jadinya tak timbui lagi cakap-cakap kata "kita dah menang dah tapi kita kalah bila mai tong undi pos.
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10