PAS bila pulak nak buat pemutihan ahli | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 28, 2010

PAS bila pulak nak buat pemutihan ahli

Umno dilaporkan dah buat sekali lagi pemutihan ahli. Beberapa tahun lepas aku ada dengar Umno dah buat proses pemutihan ni sekali, kali ni buat lagi dengan membuang 380ribu ahli yang tak dapat dikesan atau dah meninggal dunia.

Malaysiakini melaporkan:
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil proses pemutihan ke atas senarai nama keahlian utama BN itu.

Selepas dibersihkan, senarai keahlian Umno kini disahkan berjumlah 3,159,484 orang.  

"Ini kerana senarai keahlian tidak boleh dipertikaikan dan melambangkan kekuatan kita yang sebenarnya," katanya. - Malaysiakini
Yang aku mushkilnya, bila PAS pulak nak buat pemutihan keahlian. Aku dengar cerita pasai pemutihan ahli ni sejak Ust Nasha jadi SU Agung lagi. Dah berapa orang SU Agung bertukar ganti sampai la ni sepanjang pengetahuan aku proses tu belum jugak berjaya dibuat.

Dari segi software keahlian aku yakin software SPOKAS yang Unit IT PAS bangunkan adalah yang paling  canggih kalau nak bandingkan dengan parti-parti lain di Malaysia ni. Walaupun aku tak pernah tengok software keahlian parti-parti lain tapi kalau software untuk daftar pemilih boleh dijadikan perbandingan, aku rasa software PAS jauh kehadapan, tahniah Abay dengan team dia.

Masalahnya, kalau software ja yang canggih tapi sistem dan procedure tak berkesan tak guna jugak. Nak buat apa software yang canggih tapi data tak boleh nak dapat. Software tu bukan bleh buat data sendiri.

Bagi yang biasa handle SPOKAS, aku yakin mesti biasa berdepa dengan macam-macam masalah. Maksud aku bukan masalah software tapi masalah pasai data. Data yang nampak macam tak berapa kemas.

Pada aku kalau takdak satu projek khas untuk pemutihan keahlian ni sampai bila pun masalah berkaitan dengan keahlian tak akan selesai.

Dengan ada pindaan Perlembagaan yang terbaru tahun lepas, bila dibenarkan untuk PAS di peringkat Pusat hingga ke Kawasan untuk lantik Penolong Setiausaha sampai 3 orang aku tak nampak pasaiapa projek kemutihan keahlian tak boleh dijalankan. PAS boleh arahkan tiap-tiap Kawasan lantik seorang khas untuk uruskan berkenaan keahlian ni.

Aku dengar cerita PAS Perak dah lama ada angan-angan nak buat projek turun terus ke akar umbi untuk cuba selesaikan masalah berhubung dengan keahlian ni. Pada aku cara yang PAS perak nak buat tu memang cukup cantik.

Kalau projek tu dijalankan aku yakin memang boleh berjaya. Tapi masalahnya sampai la ni aku belum dengar lagi angan-angan tu dinaik taraf jadi perlaksanaan.


Nota kaki makan cekam:  Jangan sampai PAS diharamkan macam Umno dulu baru terhegeh-hegeh nak buat pemutihan keahlian...

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...