Aku sokong sangat2 kalau Pemuda PAS berani ambik inisiatif sahut cabaran tu.
Semalam, malaysiakini melaporkan:
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Iskandar Samad, Exco Selangor tulis dalam blog dia:
"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz tang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka. Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan. - M'siakini
Di sini saya ingin menjelaskan Mesyuarat Exco tidak pernah meluluskan lesen-lesen judi untuk I City. Untuk sebulan lepas, Exco ada membincang tentang judi tetapi bukan untuk meluluskan lesen-lesen judi. Lesen judi adalah kuasa kerajaan Persekutuan.Apa yang aku nampak, kerajaan negeri PR tak berapa kuat untuk berani buat keputusan tutup semua premis judi. Jadinya kita-kita yang kat luar yang mengku penyokong PR nak kena 'bagi kekuatan' kat depa-depa yang duduk kat atas tu.
Saya pun hairan macam mana ada yang membuat pelbagai andaian walhal minit-minit adalah rahsia. Ianya dimusnahkan selepas mesyuarat. Sebelum ini ada seorang ahli Parlimen mendakwa bahawa Exco PAS Selangor Dato Hasan Ali tidak pernah bercakap di dalam mesyuarat. YB itu bercakap seolah-olah dia hadir di dalam mesyuarat. Begitulah manusia!
Berbalik kepada judi, saya ada bangkitkan tentang kedai nombor yang dilanggani umat Islam. Ini selepas PAS Pandan telah membuat Ops Kasih di luar kedai nombor Angsana Hilir.
Menteri Besar pula telah mencadangkan agar lesen premis tidak diberi oleh PBT kepada kedai-kedai di kawasan majoriti Islam. Menteri Besar juga mencadangkan agar tidak ada lagi lesen premis baru untuk kedai nombor atau kedai ekor.
Tidak ada agenda untuk meluluskan lesen judi tambahan. Cadangan melanjutkan operasi pusat hiburan hingga jam 3 pagi pun ditentang oleh Exco-Exco PAS ini pula 10 lesen judi baru di Shah Alam atau dengan lebih tepat lagi I City.
Tetapi saya mengakui payah bagi menyahut cabaran UMNO atau Perkasa. Apa tidaknya lesen judi memang dari Persekutuan tetapi lesen premis dari PBT. Kalau PBT tidak memberinya maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor. Kalau semua ahli-ahli Majlis sepakat untuk tidak membenarkan lesen premis maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor.
Ketika kita menentang judi bolasepak, kita ditempelak oleh UMNO yang berkata, 'Bila nak tutup kedai ekor di Selangor'. Memang payah untuk menjawab. Tapi hidup ini bukan mudah. - DirectFreeKick
Maksud aku, kalau banyak suara dari akar mbi yang desak supaya semua premis judi ditutup, aku yakin depa yang duduk kat atas-atas tu dengan senang hati buat macam yang kita desak pasai depa pun sebolehnya memang nak tutup semua premis tu.
Aku tak nafikan mungkin ada antara depa yang tak setuju, tapi dengan penerangan dan kalau perlu berhujah, aku yakin depa takdak alasan untuk terus tak bersetuju.
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10