Malaysiakini melaporkan:
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.Nampaknya Menteri Senator yang jaga agama ni macam mengharapkan ada Adun PR yang akan lompat dan Ust Azizan Razak akan bubarkan Dun Kedah.
"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.
"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat Umno dan BN sedia menghadapinya," katanya.
Walaupun semua Adun yang 'panas' berucap masa ceramah malam tu, menyatakan taat setia depa kepada Pakatan Rakyat, ada jugak yang tak percaya. Aku pun sebenarnya kurang yakin jugak bila tengok balik sejarah sebelum ni. Adun Lunar dan Bakar Arang sebelum lompat pun ada jugak buat "sumpah taat setia'.
Tapi aku jadi yakin kerajaan PR Kedah takkan tumbang bila dilaporkan Adun Sidam kata:
Kemudian Tan mencuit perasaan para hadirin dengan berkata, “ini bukan lagu merdu, yang anda boleh dengar berulang kali.”Aku sangat yakin Ust Azizan takkan bubarkan Dun Kedah tapi kalau Dun Kedah bubar, kita sama-masa pakat kerja laa.
“Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar.
“Tetapi ini adalah soalan bodoh, di mana saya akan memberikan jawapan yang sama. Jadi, mengapa asyik bertanya benda yang sama?” katanya - MalaysianInsider
Yang aku herannya, awat la Ust Jamil Khair pi kata macam tu. Awata dia ingat ada orang nak percaya ka? Mungkin ada orang yang taktau perkembangan poltik yang akan percaya tapi orang politik tentu punya tak percaya, belak Pakatan Rakyat tak percaya,belah BN pun tak percaya.
Bagi aku, orang yang percaya apa yang Menteri Jaga Agama tu cakap memang sah orang tu bangang pasai politik Malaysia.
Berkaitan
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10