Kacau jugak la kepala otak aku bila baca isi email tu. Jadinya tak adil kepala otak aku sorang ja yang 'kacau', aku kongsi apa isi email tu kat bawah ni. Kot-kot ada yang berminat nak nak nafikan atau sahkan.
___________________________________________________
masa di Sibu, salah seorang orang kanan Husam bercerita bagaimana Nik Aziz berjaya mempertahankan Kelantan pada tahun 2007, walaupun hanya mempunyai satu kerusi majoriti. Ramai orang kata, Wakil rakyat Pas tidak akan belot.
Selepas kalah di PEngkalan PAsir, Nik Aziz memanggil semua ADUN Pas dan memberitahu bahawa kerajaan negeri akan membantu mereka dari sudut kewangan. Kerajaan Negeri, melalui Syarikat Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd akan menyalurkan bantuan kewangan kepada semua ADUN. Setiap adun dapat satu lot balak. Semua ADUN dapat peruntukan ini, kecuali Bunyamin Yaakob. CEO Syarikat Perkayuan Kelantan (SPK) tak mau bagi kat Bunyamin Yaakob dengan alasan Bunyamin tak perform. Lebih pentingkan diri sendiri.
Bila Bunyamin tak dapat, dia berazam untuk melumpuhkan kerjaan Negeri Kelantan. Dia bercadang untuk tidak hadir ketika perbahasan belanjawan negeri. Apabila ini berlaku, kerajaan negeri kelantan tak mungkin dapat meluluskan bajet untuk 2008.
Nik Aziz dapat tau dan meminta Husam menyiasat dan Husam mendapati memang benar, wang yang sepatutnya diberi kepada Bunyamin tidak diberi..sebaliknya diberikan terus kepada MTD.
Husam tak puashati kerana nik Aziz membela Bunyamin yang memang diketahui tak buat kerja, sebaliknya menyingkir CEO yang amanah. Bukan itu saja, kerajaan negeri kehilangan isteri CEO tersebut yang memang diketahui cukup bagus. Husam kata.. Nik Aziz membuat keputusan yang salah. Membela orang yang tak perform dan menyingkir orang yang amanah.
Nik aziz tanya balik...kalau Bunyamin tak datang sidang DUN? Lingkup kerajaan Kelantan!! Jadi untuk menyelamatkan kerajaan Kelantan, Nik Aziz terpaksa menyingkir orang yang amanah, dan membela orang yang tak amanah. Semasa PRU 2008, Bunyamin digugurkan. Dan selepas PRU 2008, CEO tersebut dipanggil balik dan diberikan tanggungjawab yang lebih besar.
Bla Misbah pergi ke Kelantan dan bercerita tentang kemungkinan Hee untuk melompat...tentang suami Hee yang berhutang 50,000, Husam tanya balik kat Misbah apa yang dia buat. Misbah kata itu tanggungjawab DAP. DAP pula kata depa tak mau terlibat dengan hutang suami Hee.
Macam mana kalau Misbah mengambil peranan untuk melangsaikan hutang suami Hee?
Bila Jamal dan Osman keluar, ia masih lagi belum melumpuhkan kerajaan. Dan kalau Misbah mampu melakukan sesuatu untuk Hee...secara otomatik nama Pas akan melonjak. PKr dah tentu kena kutuk sebab dua orang tu memang tak boleh pakai. DAP juga akan kena kutuk sebab tak tau nak jaga Wakil rakyat sendiri dan Pas akan dilihat sebagai hero kerana menyelamatkan kerajaan negeri Perak. Tetapi kepimpinan Pas Perak gagal mengambil peluang ini, sebaliknya membiarkan Hee menyelesaikan masalahnya sendiri. Dan hasilnya...Hee juga turut melompat dan kerajaan Perak tumbang..
Apalah sangat nilai 50,000 ringgit dengan harga sebuah kerajaan negeri? Haji zainudin pun serupa jugak. Sebagai eXCO dia gagal menasihati Nizar. Berapa dia beli Hilux baru tu? Ada kaitan dengan pembelian Camry oleh kerajaan negeri PR dulu ka? Sapa yang buat proposal kepada kerajaan negeri untuk beli Camry...dan syarikat mana yang dapat? Apa kaitan Syarikat tu dengan Hj. Zainudin?
Tu pasai...semakin lama, semakin aku rasa macam belasah Pas dan PKR. Yang tu aku minta kat Nizar...tolong la perkuatkan Pakatan Rakyat. Kalau takat pemimpin Pas dan PKR yang ada...aku dah hilang minat.
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10