Kesian kat Jamil Khair Baharom | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 22, 2010

Kesian kat Jamil Khair Baharom

Aku kadang-kadang jadi kesian jugak kat para tokoh agama di Malaysia ni yang masuk Umno. Walaupun  dah berapa tahun dah Dr. Mahathir masa dia jadi PM istiharkan Malaysia sebagai ngara Islam tapi sampai hari ni ciri negara Islam tak berapa nak nampak.

Dah la selama ni banyak benda yang tak berapa Islamik yang kerajaan buat dan terus buat, la ni ditambah lagi beban untuk para Mufti tanggung bila kerajaan Najib halalkan lagi satu judi.

Aku suka nak panjangkan surat peribadi terbuka yang Ust Tuan Ibrahim tulis untuk sahabat lama dia Ust Jamil Khair Baharom yang dah jadi Menteri yang jaga hal ehwal agama.  
Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,

Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama;
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
Tapi nak kesian sangat pun tak berapa nak boleh jugak pasai puak-puak ni sendiri yang sengaja cari masalah. Bukan depa taktau yang Umno tu macam kata Anwar Ibrahim dulu "macam tong taik".

Kalau depa berniat nak bersihkan taik tu dari dalam, takkan depa tak belajar dengan sejarah peribadi Anwar Ibrahim, bukan setakat tak berjaya bersihkan taik tu tapi dia ditendang keluar dalam keadaan penuh terpalit dengan taik.  Nasib baik Allahyarham Ust Fadhil Noor sanggup bersihkan 'taik' tu dari tubuh dia.

Kalau tengok tokok-tokoh lain pun yang masuk Umno nampak langsung tak berjaya bersihkan Umno bahkan depa cuma diperguna untuk bagi nampak Umno bersih pasai nak lawan pengaruh Pas yang semakin meningkat.

Tengok apa jadi dengan Dr.Ismail Ibrahim, Ust Amran Kasimin, Ust Firdaus Ismail, Brig Jen (B) Abdul Hamid Zainal Abidin dan ramai lagi. Setakat ni yang nampak masih bertahan pun cuma Dr. Mashitah Ibrahim,tu pun mngkin pasai nak cukupkan koata wanita dalam kabinet.

Aku kesian katMejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom ni pasai aku yakin kalau dia tak tentang 'jdi halal' ni aku yakin nasib dia pun takkan lebih baik dari depa-depa yang sebelum dari dia dan mungkin jugak nasib dia akan jadi lebih teruk lagi.


Nota kaki makan cekam:  Ataupun adakah depa terjun masuk pasai nampak banyak ketulan emas kat dalam 'tong taik' tu.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...