Kesian kat Ku Abdul Rahman Ku Ismail | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 23, 2010

Kesian kat Ku Abdul Rahman Ku Ismail

[N21.jpg]Ku Abdul Rahman atau mungkin boleh aku guna singkatan nama sebagai 'Kuman' mungkin dah tempah siap baju kot baru. Mungkin sepasang baju melayu warna hitam siap dengan songket dah pun siap dia tempah. Mungkin dia dah pun berlatih macamana nak angkat sumpah jadi MB Kedah yang baru.

Tapi, nampak gayanya angan-angan tu dia kena payah nak jadi kenyataan. Tarikh 22 Mei 2010 tak bagi berita gembira untuk dia. Kerajaan Kedah walaupun ramai yang kata dah goyah tapi masih teguh berdiri. Kesian dia...

Sejak dari awai lagi masa mula dengar desas-desus pasai Kerajaan Kedah akan tumbang pasai ada Adun yang cukup akan melompat, nama YB Tan Show Kang   Adun Sidam dah pun disebut sebagai Adun yang memang tak boleh Umno nak beli.

Masa tu Umno memang dah sungguh-sungguh buat kerja terutamanya Adun Bayu yang jadi macam 'negotiator' berunding dengan Adun sasaran, pujuk depa supaya lompat. Sejak tu pun dah dengar bunyi rungutan kata Adun PKR ni punya setia dengan Ustaz Azizan mengalahkan Adun Pas sendiri.

[N29.jpg]Kalau masa tu depa berjaya pujuk Adun Sidam ni, dah tentu dah kerajaan Kedah tumbang masa tu. Tapi nampak gayanya sampai la ni pun depa tak berjaya. Semalam, masa ceramah "Kedah Bubar Dun?" di Kota Sarang Adun Sidam tu dilaporkan berkata:
“Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini,” kata Tan dalam ucapannya.

Tan juga berkata, beliau tidak lagi akan melayani permintaan media untuk mendapatkan komen.

“Berapa kali hendak saya mengatakan saya tidak mahu melompat? Saya terus bercakap benda yang sama — tidak. Media minta saya adakan sidang media, jadi saya memberitahu mereka OK, buat selama-lamanya, kita akhir perkara ini.

“Saya akan berada di sini pada 22 Mei dan ini adalah kali terakhir saya mahukan mengatakan tidak, saya tidak akan melompat dan tidak, kerajaan negeri tidak akan tumbang,” katanya lagi.

Kemudian Tan mencuit perasaan para hadirin dengan berkata, “ini bukan lagu merdu, yang anda boleh dengar berulang kali.”

“Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar.

“Tetapi ini adalah soalan bodoh, di mana saya akan memberikan jawapan yang sama. Jadi, mengapa asyik bertanya benda yang sama?” katanya. - MalaysianInsider

Nota kaki makan cekam:  Selagi Umno BN tak berjaya 'beli' Adun Sidam ni, aku yakin insyaallah Kerajaan PR Kedah takkan tumbang sampai PRU13.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...