PUTRAJAYA 6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak membangkitkan siapa yang bakal menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.Nampaknya Najib risau sungguh calon yang dia bakal pilih umtuk PRK P094 nanti orang BN sendiri tak terima. Memang tak heran la kalau Najid dalam keadaan delima, banyak suara dari Umno yang nakkan calon dari Umno dipilih. Sammy Vello pulak dah namakan Palanivel sebagai calon pilihan MIC.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, mereka perlu menerima apa juga keputusan parti dan bekerjasama bagi memastikan kemenangan calon BN.
"Siapa-siapa yang diputuskan oleh parti...ringan ke, berat ke, terpaksa kita dokong...galas.
"Jangan pula kita merengek, mengutuk,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan tengah hari meraikan setiausaha-setiausaha politik di pejabatnya di sini hari ini.
Sebelum ini, MIC dilaporkan meminta kerusi itu dikekalkan kepada parti berkenaan tetapi terdapat cadangan akar umbi agar UMNO bertanding di situ. - Utusan
Kalau letak calon dari Umno Najib tentu risau orang nanti India tak undi. Kalau tak letak calon Umno nanti jentera BN kat sana yang tentunya majoriti dari Umno mungkin akan boikot pulak.
Malaysiakini pulak melaporkan:
Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".
"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan.
"Selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.
"Sekurang-kurangnya, kalau (letak) calon dari MIC, carikan orang lain. Kalau MIC letak Datuk G Palanivel, berat sedikit nak menang. Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya," kata seorang lagi pemimpin Umno daripada DUN Batang Kali. - Malaysiakini
Mungkin pilihan yang paling baik Najib terpaksa pilih calon dari Mic jugak Palanivel. Untuk tu aku yakin Najib terpaksa sediakan peruntukan yang banyak untuk 'beli' balik sokongan dari orang Umno kat Hulu Selangor, tak tau la berapa juta baru cukup untuk tu saja.
Tapi nak risau apa, kalau betui kontrak untuk belakan makanan kepada Kementerian Pertahanan RM6.47 bilion takkan tak boleh 'paw' sikit untuk PRK P094 ni. Kalau 0.1% pun dah boleh dapat 6.7juta. Tu belum campur macam² kontrak lain lagi yang belambak dok ada. Takkan tak biasa kut? ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10