FASAL 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK"Isi pindaan ni:
Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulama
(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut. [Pindaan 2009]
(b) Empat orang daripada ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa itu sendiri dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak PAS Pusat dan tujuh orang yang baki dan dilantik oleh 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut. [Pindaan 2001] - Perlembagaan Pas
- Pindaan kali ni tambah ahli Majlis Syura 'Ulama dari 15 orang kepada 17 orang.
- Pindaan kali ni jugak bagi kuasa kepada Dewan Pemuda dan Dewan Ulama' untuk lantik masing² 2 orang ke dalam majlis tu.
- Pindaan ni jugak mengurangkan lantikan oleh ahli tambahan oleh Majlis Syura 'Ulama dari 7 orang ke pada 5 orang.
- Yang paling radikal dalam pindaan kali ni adalah berkenaan siapa yang boleh dilantik. Pindaan 2001 menyatakan Jawatankuasa PAS Pusat hendaklah melantik 4 orang "di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa itu sendiri". Pindaan 2009 dah mentiadakan ayat tu.
Maksudnya kalau terjadi satu masa nanti takdak dari kalangan AJK Pas Pusat yang
Dari sudut lain kita boleh kata, pindaan ni semacam 'membenarkan' untuk Pas memiliki Presiden dari kalangan bukan 'Ulama. Kalau sebelum pindaan ni dibuat, Mesti ada dikalangan AJK Pas Pusat dari kalangan Ulama' sekurang²nya 4 orang dan 'konvensyen' sebelum ni memperlihatkan Presiden Pas adalah ahli Majlis Syura' Ulama. Pindaan kali ni semacam bagi isyarat yang Presiden Pas pun tidak semestinya dari kalangan 'Ulama.
Kalau ada yang gunakan konsep 'Kepimpinan 'Ulama' sebagai hujjah Presiden mesti dari kalangan 'Ulama, pada aku hujjah tu tak berapa nak tepat. Pasainya dalam Pas kuasa Majlis Syura' Ulama mengatasi kuasa eksekutif Presiden Pas. Majlis Syura 'Ulama boleh pada bila² masa boleh gunakan kuasa mengikut Fasal (1) (a) (b) dan (c) yang berkuasa menghurai, menjelas, mentafsir dan seterusnya mengeluarkan arahan dan perintah.
Maksudnya tak jadi percangganhan dengan konsep kepimpinan 'Ulama walau pun Presiden bukan dari kalangan 'Ulama' selagi Majlis Syura 'Ulama ujud dalam Pas. ⊗
Berkaitan
- Sejarah kepimpinan 'Ulama dalam Pas
- Tidak boleh tanding Presiden dan Timbalan Presiden PAS hanya satu penyelewengan pemahaman - YB Dr Dzulkifli Ahmad
- Presiden, Timbalan Mesti Ulamak, Terengganu Sokong Ketua Dewan Ulamak
- PAS tetap laksanakan dasar 'Kepimpinan Ulama'
- Presiden PAS tak mesti ulamak
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10