Boleh jadi juga Zambry dan Jamaluddin betul pernah ditawar jadi MB | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 01, 2010

Boleh jadi juga Zambry dan Jamaluddin betul pernah ditawar jadi MB

Raja Katak. (sumber: google)
Aku pun mula² baca pasai ni terkerenyeh jugak. Tambah bila teringat cerita pasai Jamaluddin nyaris nak kena penyepak dengan PakDin teksi masa dia terhegeh-hegeh pi jumpak Raja Nazrin mintak nak jadi MB dulu.

Tapi bila teringat balik cerita lepas menang dulu dan "Projek Katak 16 September" aku terfikir balik, mungkin jugak ada benarnya kenyataan.

Macam dakwaan Jamaluddin kata Anwar ada telefon dia kata dia calon sesuai jadi MB. Memang pun kalau tengok dari kalangan Adun PKR yang melayu, dia ni la pun yang ada lebih sikit. Yang lain nampak lagi tak layak. Kira dia ni yang paling layak dari kalangan yang tak layak la.

Masa tu mana Anwar terfikir Adun Pas boleh jadi MB apa kelas orang Pas jadi MB, tambah pulak dia bukannya kenai Hj Nizar lagi. Tapi bila dah kenai, masa kempen PRK Bukit Gantang dulu Anwar siap kata Hj Nizar layak jadi Perdana Menteri lagi.

Berkenaan dakwaan Zambry pulak, mungkin jugak ada macam yang dia kata. Tambah-tambah bila teringat "Projek Katak 16 September". Mungkin jugak idea asai projek katak tu timbui masa tu lagi, kemudian baru diangkat jadi projek nasional.

Bernama melaporkan:
IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Rabu mendedahkan tawaran oleh "seorang pemimpin hebat pembangkang" untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Katanya beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.

Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini, Zambry berkata beliau telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh "tokoh hebat" berkenaan yang kemudiannya diikuti rombongan dan utusan yang datang ke rumahnya.

"Saya menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan," katanya ketika menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) bahawa tiga Adun Umno ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya melompat parti.

Tajol Rosli semasa membahaskan usul itu berkata beliau tidak berhak untuk mendedahkan siapa ketiga-tiga Adun yang dimaksudkan itu kerana terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang) pula berkata beliau yakin pemimpin yang dimaksudkan oleh Zambry itu adalah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya tawaran itu diketahui oleh ramai pemimpin PKR Perak tetapi ia dirahsiakan daripadanya kerana beliau ketika itu adalah juga seorang daripada calon Menteri Besar.

"Anwar berdolak dalik kerana dia ada memanggil (telefon) saya dan menyatakan saya sesuai menjadi Menteri Besar tetapi dalam masa sama membuat tawaran jawatan itu kepada orang lain," kata Jamaluddin, yang ketika itu Bendahari PKR Perak. - Bernama
   ⊗

Nota kaki makan cekam:  Kalau tak mungkin boleh panggil Perak Darul Katak, hahahaha :D


Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...