Kerja dah mula ka untuk PRK Hulu Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 01, 2010

Kerja dah mula ka untuk PRK Hulu Selangor?

Di pihak BN nampaknya depa dah pun mula 'buat kerja'. Walaupun depa nampak macam ada masalah nak letakkan calon mana, dari MIC atau Umno ,tapi depa dah nampak mula buat 'kerja'.

Bernama hari ni melaporkan
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diminta mengadakan siasatan awam terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana didakwa menyekat projek pembinaan cawangan Universiti Teknologi Mara (UITM) di Serendah dekat sini.

Sekumpulan penduduk dari Hulu Selangor Khamis menghantar memorandum yang ditandatangani 10,000 penduduk yang mengadu tindakan Abdul Khalid itu menutup peluang untuk mereka menambah pendapatan.

"Pembangunan itu sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk setempat kerana pembangunan sekitarnya boleh menaikkan taraf ekonomi penduduk di sini," kata Seow Wei Min, 36, wakil penduduk Serendah yang diiringi 50 penduduk lain untuk menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Chiam Heng Keng di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama

Pihak polis pun dah mula 'buat kerja'. Yang tak nampak mungkin dah banyak depa buat tapi yang yang nampak macam amaran ni:
SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Permit ceramah untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor hanya akan dikeluarkan selepas hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata sehingga tarikh itu, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang permit ceramah untuk mana-mana parti politik.

"Kami tidak akan menerima apa jua rayuan dan permohonan permit sebelum penamaan calon. Pengeluaran permit hanya akan dipertimbang selepas tempoh itu.

"Semua pihak diminta mematuhi arahan tidak mengadakan sebarang ceramah sebelum tempoh dibenarkan sama ada di kawasan terbuka mahupun tertutup," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Beliau berkata bagaimanapun, pihak yang berminat mengadakan ceramah perlu membuat permohonan lima hari sebelum tarikh ceramah diadakan.

Khalid berkata setiap ceramah yang diadakan sepanjang tempoh berkempen perlu mempunyai permit daripada polis bagi menjamin keselamatan.

"Mesti ada permit. Jika tiada polis tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil serta merta," katanya. - Bernama

Di pihak Pakatan Rakyat aku belum dengar apa-apa cerita pasai kerja yang dah dibuat. Yang agak sikit 'melegakan pun mungkin statement dari Pas Selangor ni.
Saya memberi jaminan bahawa ahli-ahli PAS di Selangor akan bekerja keras untuk memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat memenangi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Jentera pilihanraya PAS Selangor akan dikerahkan untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Pakatan.

Khabar-khabar angin bahawa PAS mahukan kerusi tersebut adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Walaupun PAS telah bertanding di kerusi tersebut pada Pilìhanraya Umum 2004 melalui calonnya, Dato' Ismail Kamus tetapi kami di Selangor berpendirian pengagihan kerusi sepertimana Pilihanraya Umum 2008 patut dikekalkan. -Ir. Iskandar Samad
Setakat ni aku tak terbaca lagi kerja yang  jentera Pakatan Rakyat dah buat? Ataupun mungkinkah lebih relevan kalau aku tanya "Jentera dah sedia ka?" ⊗

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...