Bukan Ust Ahmad Awang seorang yang 'disingkirkan' dari Majlis Syura' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 01, 2010

Bukan Ust Ahmad Awang seorang yang 'disingkirkan' dari Majlis Syura'

Cikgu Pa sebagi setiausaha Agung menafikan ada gerakan menyingkirkan tokoh-tokoh tertentu macam yang didakwa banyak blog. Semua tu kerana pindaan perlembagaan Pas yang dibentang dan diluluskan pada muktamar tahun 2006 yang baru² ni baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Dengan kata lain dia menafikan ujud usaha penyingkiran Ustaz Ahmad Awang dari Majlis Syura Ulama' atas faktor 'kerajaang perpaduang' macam yang didakwa.
“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.

Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya - Pemuda dan Muslimat - turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang.

Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang. - Malaysiakini
Anggota Majlis Syura Ulama' terkini
    Empat orang dari Ajk Pusat
  1. TG Hj Hadi Awang
  2. Ust Nasharuddin Mat Isa
  3. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
  4. Ust Abdul Halim Abdul Rahman
  5. Empat Wakil Dewan Ulama
  6. Ust Harun Taib
  7. Ust Ahmad Yaakub
  8. Dr Mahfodz Mohamad
  9. Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh,
  10. Dua Wakil Dewan Pemuda
  11. Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
  12. Ustaz Zaharudin Mohamad
  13. Dua Wakil Dewan Muslimat
  14. Belum dinamakan
  15. Belum dinamakan
  16. Empat lantikan tambahan
  17. TG Nik Aziz Nik Mat,
  18. Dr Haron Din,
  19. Ust Hassan Shukri
  20. Ust Hashim Jasin.

Anggota Majlis Syura Ulama' sebelum ni boleh tengok kat sini. Kalau banding dua senarai tu, bukan Ust Ahmad Awang saja yang 'disingkirkan' tapi Ust Abdul Ghani Shamsudin, Ustaz Muhamad Daud Iraqi
dan Dr. Sanusi Daeng Meriok jugak dah takdak dalam senarai baru tu. ⊗

Nota kaki makan cekam:  Yang aku mushkil sikit pasai apa nama Ust Azizan Razak yang ada sebelum ni tapi kali ni takdak pulak? Silap teknikal jugak la ni...  :D


Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...