Sapa hebat dia laa yang dapat. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 02, 2008

Sapa hebat dia laa yang dapat.

Huih!

La ni dah mula orang PKR tak puas hati kat Perak ni. Semua depa nak belasah. Ni pun jenis daun kari jugak ni, nak jadi geng komersial tak berapa nak boleh pi kut, ataupun mungkin jugak nak pamerkan ikhlas dalam perjuangan, kononnya laa. Jangan pulak kata dalam PKR takdak yang ikhlas malah aku yakin ramai yang ikhlas, kononnya laaa.

Depa ni tak puas hati pasai orang PAS dah terkedepan dalam nak isi jawatan ketua kampung. Depa baru nak tercari-cari sapa yang agak-agak layak. Tup-tup orang PAS dah submit nama. Nak buat macamana, dah mesyuarat parti pun jarang-jarang kut, tah cawangan pun takdak kut, pimpinan pun entah ada entah takdak, kadang-kadang macam ada kadang-kadang macam takdak kut. Orang PAS ni walaupun cawangan tak berapa nak jalan, hidup segan maati tak mau tapi mesyuarat ada laa jugak buat. Tambah-tambah la ni time mesyuarat agung. Bagitau pulak agenda nak pilih ketua kampung, meneru la kut yang mai.

Bila tak puas hati ni mula laa nak belasah orang lain. Semua depa nak belasah tapi target paling best orang PAS laa. Tambah pulak MB Perak la ni orang PAS. Tapi, depa nak tala direct kat dia pun tak berapa nak boleh pasai dia ni tukang spin dah berjaya promote dia ni sebagai orang hebat. Aku pun cukup setuju yang dia ni memang orang hebat. Dengan ada Ir, bidang vertical transportation pulak tu, bisnes pulak banyak kat luar negara, boleh pulak macam2 bahasa. Dan yang buat lagi tak berapa nak boleh belasah MB baru tu pasai orang PKR yang menang pun tak boleh nak celen dia. Bukan tak berapa nak boleh, memang tak boleh.

Yang senang nak belasah Setpol MB laa, sapa lagi kalau bukan Ustaz Misbah, Misbahul Munir Masduki, merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, merangkap YDP Bagan Datok (kalau tak silap laa). Yang kena sama sorang Exco dari PAS,ADUN dari PAS. Pantang tersilap cakap sikit, teruk depa belasah. Lepas tu mula laa melalut, tak sedar diri laa, bongkak laa, sampai ke Negara Islam yang depa tak faham pun depa belasah.

Yang depa ni tak puas hati pasai apa! Dah memang PAS lebih dari PKR nak buat macamana. Walaupun PKR ada 7 dan PAS kurang satu ada 6 tapi sorang ada Ir, ada sorang bekas pegawai kanan kerajaan, yang ustaz biasa laa. PKR walaupun ada 7 tapi sapa? Loyar? Majestrate? Takat posmen dan yang jual bundle aku tau laa ada. Yang macan tu ahli biasa dalam PAS pun ramai. Tara tu pun ada hati jugak si posmen tu nak jadi MB. Dia ingat nak main pondok-pondok kut. Dah Pak Syeikh pun setuju bab exco bincang lepas Hj Nizar angkat sumpah jadi MB dia pulak tiba-tiba kalut pi istana, tak puas hati DAP dan PAS nak bolot exco. "Kalau macam ni biar dia ja yang jadi MB" dia kata. Nyaris dia nak kena penyepak kat depan istana, nasib baik ada Hj Asmuni bagi sabar. Kalau ikut marah aku, silap-silap dengan Loyar Asmuni sekali makan penyepak aku. GERAM Tapi aku sapa, daun kari mana layak pi istana, duduk kat tepi pagar istana pun tak berapa nak sesuai.

Yang aku heran bab nak jadi Ketua Kampung pun bising. Dah suruh hantar nama, hantar ja laa. Masa pemilihan satgi, ajak geng ramai-ramai turun pakat mengundi. Kalau takdak calon yang layak, dok diam-diam ja laa. Tapi aku rasa laa, memandangkan PKR ni depa kata macam DAP, macam PSM, tak perlu ada ramai ahli, hampir pasti laa orang PAS yang akan menang, akan jadi Ketua Kampung. Lepas tu bila dah tak dapat jadi Ketua Kampung mula laa nak kata macam-macam. "Orang PAS ni bab-bab mentadbir mana reti, takat tahlil baca yasin, marhaban depa pandai laa." "Orang PAS ni mana tau apa, takat hai surau masjid, depa tau laa. Jangan heran kalau ayat-ayat macam tu pun nanti keluar.

Hoii !!!
Kalau tak puas hati pi laa buat kerja. Pi kumpul ahli, tubuh cawangan, buat mesyuarat kerap sikit. Buat aktiviti selalu. Baru laa ramai penyokong. Bila dah ramai penyokong baru laa ada harapan nak menang ketua kampung. Takat nak tumpang nama Pak Syeikh ja tak jadi. Time nak pilihanraya boleh laa dok usung gambat dia yang mata lebam rata ceruk kampung. Takkan hari-hari nak usung gambar tu kot. Dari orang kampung kesian takut orang kampung jadi meluat. Aku tau laa, hangpa tak puas hati pasai hangpa rasa hangpa punya calon ketua kampung lagi baguih dari PAS.

Hoii !!!
Tak faham-faham ka? Dah macam tu sistem pemilihan. Sapa banyak dapat sokongan dia menang. Tunggu lagi!! Cepat pi kumpul ahli ramai-ramai, buat program banyak-banyak. Keluar laa duit lebih sikit, melabur orang kata, baru laa ada harapan nak dapat untung, baru boleh ada ramai ahli, baru boleh menang pemilihan. Paham kot noo...

Nanti sat, jangan belasah aku dulu. Aku tau hangpa panas telinga, hangat dengan PAS. Hangat dengan ahli PAS yang macam aku. Sabar dulu. Hangpa ingat aku suka sangat ka kat PAS la ni. Sebab dalam PAS ada majlis syura ja. Lepas tu kat dalam perlembagaan ada FASAL 5. Kalau dak, mungkin dah lama aku keluar PAS. Selalu sangat aku naik meluat dengan ahli PAS la ni kecuali beberapa orang, pimpinan PAS pun ramai aku meluat jugak kecuali beberapa orang. Sembang kedai kopi macam nak reban hentak meja tapi bab kerja, haram!!! Ceramah pulak rata pelece orang, yang tu tak betul, yang ni tak kena tapi ahli parti tak reti-reti nak jaga, Parti Islam konon. Time nak pi mesyuarat Agung pun boleh singgah kedai ekor dulu. Dah time maghrib pun dok sibuk lagi pelekat poster.

Tapi kalau keluar PAS aku nak masuk mana pulak?

PKR? Reformasi !!! Lagi tak tentu hala. Nurul pun dah kawin, dah ada anak pun, kalau dak lagi kot mungkin laa.. untung-untung boleh jadi macam Khairi. Alang-alang biar berbalui.

UMNO? Islam Hadhari !!! Lagi teruk. Projek pun dah tak berapa nak ada. Peruntukan pun dah makin kurang. Balak pun semua dah jadi kawasan sudah kerja. Tak berbalui

DAP? Negara sekular !!! Takkan la kut. Tapi aku rasa DAP memang nak cari ahli orang melayu, tapi ishh!! takkan aku boleh jadi MB. Aku mana paham manderin.

Mungkin masuk parti baru kut? GERAM (Gerakan Rakyat Malaysia) !!! Menarik jugak ni, sahih senang jadi ahli parti ni. Ok! Agenda mesyuarat pertama kita hari ni, sapa nak kita belasah? Ishh! tak pasai-pasai lebam mata pulak satgi.

Tapi apaa-apa pun aku memang meluat dengan PRK, toksah dok bela laa kut mana pun. Aku tertengok bendera depa yang macam mata lebam pun dah rasa semacam. Tambah-tambah kalau tertengok Pak Syeikh senyum meleret, huh!. Tapi itu cerita lain. Cumanya bila sekali-sekala terkeluar muka YB Izzah, tengok gambar dia senyum, jadi sejuk sikit hati. Tu pun cerita lain. Tapi bila terbayang muka Yunus, muka Shamsul dan-dan jadi panas balik, perut lapar pun takpa dari dok makan sebelah depa. Dan itu pun cerita lain jugak. Cerita apa jangan tanya. Aku malas nak cerita. Aku risau aku tak boleh tahan, satgi macam-macam yang tak sepatutnya keluar nanti keluar. Tak pasai-pasai mata aku pulak satgi lebam.

Dah! Aku nak pi baca apa pulak Mat Saman Kati tulis. Sapa pulak dia belasah, kalau kena gaya aku pun nak tumpang belasah, GERAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...