Tapi nya bila dia dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Antara Agama, aku sikit mushkil. Sapa dia ni yang melayakkan dia dilantik ke jawatan tu. Atas kreteria apa dia dilantik.
Mesti dia ni ada pengetahuan luas dalam berbagai agama kat Malaysia ni. Mesti dia ni tau banyak pasai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois selain Islam. Paling kurang pun aku rasa dia ni tentu mahir dalam bab² perbandingan agama. Mungkin dia ada Master Degree dalam bidang tu kut.
Ataupun mungkinkah dia ni cuma ada pengalaman bergaul dengan orang dari pelbagai latar belakang agama, macam ramai warganegara Malaysia, sebuah negara majmuk dengan berbagai pegangan agama.
Angah Google bagitau yang dia ni adalah Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Selain tu dia jugak adalah pengerusi Pusat Sumber Pembangunan Keluarga Islam Kelantan.
Angah Google jugak bagitau yang dia ni seorang peguam dalam Adam & Co. Selain tu, masa PRU1999 dia jadi calon Umno tapi kalah kepada calon Keadilan
Angah Wikipedia pulak bagitau, dia pernah bertanding dalam pemilihan AJK Wanita Umno tahun 2004 tapi cuma dapat tempat ke 20 dan gagal mempertahankan jawatan.
Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Kabinet memutuskan melantik bekas anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Ilani Isahak sebagai pengerusi Jawatankuasa Antara Agama untuk mempromosikan persefahaman bersama dan harmoni di kalangan pelbagai agama.⊗
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata jawatankuasa itu yang ditubuhkan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi sebagai sekretariat, perlu melaporkan kepadanya, menteri yang bertanggungjawab dalam perkara ini sebelum beliau mengemukakan kepada kabinet.
Beliau berkata jawatankuasa itu yang ditubuhkan Februari lepas membabitkan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam (IKIM) dan Majlis Perundingan mengenai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHST).
Tidak ada anggota politik dilantik dalam jawatankuasa ini, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.
"Mereka akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu serta mengelakkan sebarang salah faham dan salah tafsiran. Ini bukan satu struktur undang-undang, bukan struktur yang kaku...ini rangka kerja untuk menyediakan interaksi bagi pertukaran idea," tambahnya.
"Kita (kerajaan) tidak mahu menamakannya panel antara kepercayaan, tetapi sebuah jawatankuasa khas untuk mempromosikan persefahaman dan harmoni di kalangan penganut yang berlainan agama," katanya.
Koh berkata isu yang akan ditumpukan perhatian oleh jawatankuasa itu ialah perkara berkaitan perkahwinan campuran, pertukaran agama dan penjagaan anak.
"Isu ini akan dikaji oleh pelbagai jabatan yang berkaitan melalui undang-undang dan peraturan sedia ada," tambah beliau. - Bernama
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10