Apa salahnya kalau siasat semula? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 08, 2010

Apa salahnya kalau siasat semula?

Harris Salleh [sunber:wazari]
Aku yang taktau apa pasai kes tu pun, sokong sangat kalau kes tu disiasat semula. Apa salahnya kalau siasat balik. Biar la pihak polis Malaysia yang cekap tu buat siasatan. Kalau betui ada niat jahat macam yang Harris kata tu, dah tentu boleh terbongkar sekali niat jahat tu.

Atau pun mungkin ada benda yang dia ni nak sorok. Mungkin jugak ada 'rahsia besar' yang tertanam sekali dengan kemalangan tu.  Kalau takdak salah atau takdak 'ulang sebalik batu' apa yang dia nak takutnya..

Malaysiakini melaporkan:
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh (bawah, kiri) mempertikaikan keperluan membangkitkan semula penyiasatan nahas udara 6 Jun 1976 yang meragut nyawa ketua menteri ketika itu, Donald Mohd Fuad Stephens dan beberapa pemimpin yang lain.

Nahas itu menyebabkan majlis pemeteraian perjanjian berhubung hasil minyak kerajaan negeri Sabah dan Petronas yang dijadualkan di Labuan itu tergendala. Ia kemudiannya ditunda dan dimeterai di Kota Kinabalu.

Pemimpin PKR Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan dan presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee baru-baru ini menuntut siasatan diadakan semula.

Harris melabelkan tuntutan supaya siasatan baru diadakan sebagai “berniat jahat dan bertujuan memalu dan memfitnahkanya secara peribadi.

Jumaat lalu, bekas pengerusi Petronas dan juga bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pada satu majlisnya di Kota Kinabalu menimbulkan semula insiden nahas udara itu.

Razaleigh dilaporkan berkata beliau juga berada di pesawat yang membawa Stephen tetapi diarahkan keluar oleh Harris (yang ketika itu adalah Ketua Menteri) sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas.

Menurut Harris, apa yang didakwa itu sebenarnya tidak benar.

Katanya, dua pesawat Nomad dijadualkan berlepas dari Labuan pada waktu yang hampir sama. Sebuah pesawat dijadualkan ke Kudat manakala sebuah lagi ke Kota Kinabalu.

“Penumpang bagi pesawat ke Labuan termasuk Abdul Rahman Yaacob, Razaleigh, diri saya dan beberapa yang lain,” kata Harris dalam satu kenyataan.

Harris bersumpah bahawa Razaleigh tidak dijadualkan terbang bersama Stephens ke Kota Kinabalu tetapi sebaliknya menuju ke Kudat dahulu sebelum ke Pulau Banggi

“Tujuan lawatan adalah supaya Razaleigh menyaksikan sendiri projek ternakan lembu yang pertama di Sabah,” katanya.

Oleh itu, katanya, dakwaan yang Razaleigh diarah keluar dari pesawat malang itu pada saat terakhir adalah satu kesilapan. - Malaysiakini
Mungkinkah ada bukti baru untukrpyalti minyak Kelantan? ⊗

Nota kaki makan cekam:  Masalahnya, boleh percaya polis siasat kes ni, selagi Musa Hasan jadi KPN ..... :D

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...