Blogger Umno nak jadi calon bebas PRK P094 Hulu Selangor. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 08, 2010

Blogger Umno nak jadi calon bebas PRK P094 Hulu Selangor.

Masa ronda-ronda masuk blog pencacai Umno BN aku jumpa satu benda yang menarik. Aku taktau setakat mana bersungguhnya mamat ni. Mungkin jugak dia ni marah sangat pasai Najib dah umumkan yang calon BN akan datang dari parti MIC. Dia ni memang dari awai lagi bersungguh-sungguh kempen supaya calon kali ni dari Umno.

Mungkin nak maki Najib macam dia maki pemimpin Pakatan Rakyat dia tak berapa nak berani. Tapi dari dia maki Najid lagi baik la dia jadi calon bebas, kesan dia lagi dahsyat.

Tapi mungkin jugak la mamat ni saja ja nak bagi 'gempaq'. Lepas tu dia tunggu ja kut-kut ada yang akan pi pujuk dia dengan 'gambar kepala agong' berguni-guni. Memang lumayan la. Apa sangat kalau takat nak jual semangat melayu tu.

Kat bawah ni aku copy paste apa yang mamat tu tulis:
bismillahirahmanirahim,

aku gerakan anti pkr dengan ini mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada prk parlimen hulu selangor nanti. pencalonan ini akan ditarik balik kiranya pada saat akhir umno diletakkan semula menjadi calon..ini syarat utama aku.

banyak faktor penting akan aku huraikan selepas terbitnya artikel ini. ada wakil cina dari hulu selangor telah bagitahu aku siang tadi,kalau MIC calonnya,BN akan malu...sayang,cukup sayang bila orang cina hulu selangor mendesak mahukan calon umno,'dia' pulak menjadi jagoan suara mic .

gelombang kebangkitan bangsa melayu hulu selangor akan aku penuhi,insyaallah ini janji.ini nadi sebenar rakyat hulu selangor, melayu cina dan india mahukan seorang calon melayu ! rakyat hulu selangor sudah bersedia menghumbankan pakatan haram.ini hakikat, cakap aku berfakta.

aku takkan biarkan perjuangan KITA siang dan malam melanyak pakatan 'dikuburkan' dan 'disia-siakan' dengan begitu sahaja bila BN tewas dek kerana satu keputusan yang memilukan hati bangsa melayu hulu selangor !

aku akan kerahkan usaha untuk bersedia bertarung nanti. memang kantung aku nipis namun perbelanjaan untuk menjadi calon bebas akan aku cari,insyaallah ! semangat aku makin membara selepas dia mengumumkan MIC sebagai calonnya.

ALLAHUAKBAR
HIDUP MELAYU
HANCOR PAKATAN HARAM ! - GAP
 ⊗

Nota kaki makan cekam:  Kalau betui la GAP  ni berani jadi calon bebas, blog ni akan letak gambar kepala helang tu kat muka depan sampai habih PRK Hulu Selangor. :))


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...