Aku sokong Ust Nasha jadi pengarah jentera Pas PRK Hulu Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 08, 2010

Aku sokong Ust Nasha jadi pengarah jentera Pas PRK Hulu Selangor

Aku sukong 100% Pas Pusat lantik Ust Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas sebagai Pengarah Pilihanraya Pas untuk PRK P094 Hulu Selangor kali ni.

Harakahdaily melaporkan:
"Kita telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi membantu PKR untuk menjayakan misi kemenangan di Hulu Selangor.

"Kita serah kepada Ustaz Nasharuddin untuk kemukakan cadangan balas kepada lajnah politik atau dewan harian dalam masa terdekat ini untuk menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - Harakahdaily

Bagi aku ini masa yang tepat untuk bagi peluang kepada Ust Nasha memperlihatkan kebolehan dia berpolitik sebagai orang nombor dua dalam Pas.

Dalam masa yang sama peluang ni boleh Ust Nasha gunakan untuk memperbaiki imej dia, mengubah persepsi yang agak kurang baik terutama dikalangan pengiat dan pengamal 'media baru' Pakatan Rakyat.

Aku ada 2 kali pengalaman tengok macaman cara bekerja 2 Pengarah Pilihanraya PRK sebelum ni. Yang pertama masa di PRK Permatang Pasir, pengrahnya Hj Mahfuz. Yang kedua masa PRK Bagan Pinang, Dr. Zulkifli Amhad jadi pengarah.

Memang la keadaan tak sama. Masa 2 PRK tu calon yang bertanding dari Pas dan Pas jadi jentera utama dan lain-lain partai cuma sebagai pembantu. Kali ni pulak tentulah PRK pulak jadi jentera utama dan jentera Pas hanya sekadar pembantu.

Walaupun macam tu, kalau Ust Nasha boleh bagi komitmen macam komitmen Hj Mahfuz dan Dr. Zul bagi, aku yakin persepsi terutama dari depa² yang terlibat dengan jentera PRK tu akan jadi bertambah baik.

Dari sudut lain pulak, dalam masa yang sama, jawatan tu jugak boleh jadi satu peluang yang cukup baik kepada orang² yang anti kepada Ust Nasha untuk buat sesuatu yang boleh memburukkan lagi persepsi ke atas Ust Nasha.

Apa pun, aku harap PRK P094 Hulu Selangor ni tak jadi medan tempur dua golongan ni. Hangpa kena ingat, PRK P094 lawan kita adalah Umno BN atau mungkin lebih tepat lagi MIC BN.    ⊗

Nota kaki makan cekam:  Aku teringat satu ayat yang cukup polular di Gombak satu asa dulu. 
Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya. :D

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...