KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan hari Selasa menyifatkan tindakan orang Melayu membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai perbuatan paling biadap terhadap bangsanya sendiri.Tak sangka sungguh aku selama ni yang Utusan adalah "lidah rasmi bangsa". Patut la pun Awang Selamat sebagai orang Utusan sampai sanggup 'menghina' Sultan Selangor bila dia rasa sultan tu tak sokong "juara orang melayu".
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata akhbar itu merupakan lidah rasmi bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan dahulu tetapi malangnya, akhbar itu kini dihina oleh orang Melayu sendiri.
"Saya ingin menyatakan terutamanya kepada orang Melayu yang membakar Utusan Malaysia beberapa minggu lalu sedarkah perbuatan ini perbuatan yang paling biadap kepada bangsa Melayu. - Bernama
"Utusan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1937, 73 tahun yang lalu. Inilah lidah rasmi bangsa Melayu (ketika) hendak menuntut kemerdekaan negara ini. Inilah akhbar yang mendidik minda Melayu supaya terus maju, inilah lidah yang menjadi wakil kepada wadah perjuangan Melayu untuk menyatukan Melayu dan membawa Melayu kepada perubahan yang lebih baik dari zaman itu untuk masa-masa akan datang. - BernamaMungkin pemimpin Umno ni lupa dengan satu sejarah besar dalam liku-liku perjalanan Utusan.
Kesatuan Pekerja Percetakan Cawangan Utusan Melayu melancarkan Mogok Utusan Melayu pada 21 Julai 1961 hingga 21 Oktober 1961. Mogok ini menentang Dasar 4:-Bagi yang nak mengakui yang Utusan sebagai lidah rasmi orang melayu. Sebenarnya lidah rasmi tu dah mati selepas mogok tu berjaya dipatahkan oleh pemimpin Perikatan bila menyumbat Said Zahari ke dalam penjara. Tak cukup dengan tu, kerakyatan dia pun ditarik balik.
- Memberi sokongan penuh kepada parti yang memerintah, kerana itu lebih menguntungkan dari segi perniagaan.
- Menyiarkan berita-berita yang benar tetapi membatasi kepala-kepala berita kepada parti-parti lain.
- Menyiarkan lebih banyak kepala berita yang besar mengenai menteri-menteri PERIKATAN dan dasar-dasarnya.
- Menyokong perbuatan PERIKATAN dan mengkritik secara membina akan perbuatan buruk PERIKATAN. - Said Zahari
Kesedihan
ada kalanya dirasakan
tiada berhujung tiada berpangkal
siang terasa terlalu singkat
dan malam ditarik-tarik memanjang
dalam ribuan mimpi gelisah
gunung tiba-tiba jadi lebih tinggi
dan hutan semakin menebal
di sungai air tidak lagi mengalir
langit diliputi gumpalan awan merah
bulan telah ditelan ular
dan bintang-bintang ketakutan
tiada apapun kulihat dalam kegelapan ini
di manakah matari
aku merindui sinarmu
Said Zahari, 1968 ?
Nota kaki
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10