Ulangan skrip operasi lalang 1987 ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 24, 2010

Ulangan skrip operasi lalang 1987 ?

Malaysian Insider melaporkan

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.
Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.
“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.
“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam. - MalaysianInsider
 Mungkinkah Umno BN sedang merancang untuk  'konspirasi berulang'. Tak mustahil skrip operasi lalang 1987 akan diguna semula dengan sedikit 'penambahbaikan' mengikut pemboleh ubah semasa.

Mungkin Umno BN tengah buat persediaan untuk plan B untuk pastikan Pakatan Rakyat tak berjaya tumbangkan BN pada PRU13 akan datang. Selain plan A yang mungkin melibatkan apa saja cara lain, Umno BN rasa depa kena bersedia dengan plan B kalau-kalau plan A gagal.

Cumanya aku sedikit mushkil, apa sebenarnya yang dikatakan 'Akta Hasutan'. Kalau nak tau apa itu 'Akta Hasutan' boleh baca kat sini. Aku dah baca sekali tapi tah apa aku baca pun aku tak fahan, mungkin kena baca banyak kali kut baru boleh faham.

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...