Sinar Harian melaporkan
GEORGETOWN - Hanya Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang, kata Lim Guan Eng.Realitinya macam kata Dr. Aziz Bari, takdak undang-undang yang menyekat orang bukan Melayu dan bukan Islam dari jadi PM. Dr. Seorang lagi pakar perlembagan, Dr. Shad Saleem Faruqi mengesahkan perkara tu.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, DAP dan parti komponen PR lain sebulat suara memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana yakin dengan keupayaan pemimpin berpengaruh itu mengemudi pentadbiran negara.
Menurutnya, beliau terkejut mendengar cadangan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari memilihnya sebagai antara calon Perdana Menteri bukan Islam, bagaimanapun menjelaskan enggan dikaitkan dengan jawatan itu kerana beranggapan cabaran dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lebih dari mencukupi.
“Saya tidak mahu dikaitkan dengan jawatan PM, cukuplah cabaran hebat yang saya hadapi sewaktu menjalankan amanah sebagai Ketua Menteri dalam tempoh dua tahun ini.
“Azam saya selama ini hanyalah untuk membangunkan Pulau Pinang menjadi negeri bertaraf antarabangsa dan paling baik ditadbir di negara ini. - Sinar harian
Yang lebih jelas lagi, demokrasi berparlimen 'ala Malaysia' memang menyediakan laluan untuk perkara tu berlaku. Terima kasih kepada Dr. Mahathir yang berjaya menghapuskan kekebalan kuasa raja-raja.
Di pihak Pas setakat yang aku tau takdak lagi pimpinan utama Pas yang ulas isu ni. Cumanya TG Nik Aziz dah lama dan tetap istiqamah dengan pendirian dia yang sokong orang bukan Melayu jadi Menteri Besar Kelantan, aku rasa dengan hujjah yang sama untuk jadi PM. Cumanya TG Nik Aziz letak syarat mesti berugama Islam. Aku sangat setuju pendirian TG Nik Aziz tu, pasainya itulah pendirian nabi yang tercatat dalam hadis.
Kalau tanya aku, buat masa sekarang ni, secara peribadi aku lebih tertarik nak tengok macamana kalau betui Guan Eng jadi Perdana Menteri. Dari pada pemimpin Umno BN jadi Perdana Menteri macam yang dok ada la ni, jauh lagi baik la Guan Eng yang kalau jadi Perdana Menteri.
Sekurang-kurangnya, pengalaman 2 tahun jadi Ketua Menteri Pulau Pinang boleh jadi sandaran. Sekurang-kurangnya aku yakin Pas boleh laksanakan agenda yang yang tertangguh pasai 'takdak kuasa'.
Malah dari pada satu segi, aku lebih setuju Guan Eng jadi PM dari Anwar Ibrahim.
Berkaitan
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash