Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan hospital Orang Asli Gombak tengahari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melibatkan pendaftaran tanah mereka.
Dalam satu petisyen yang berkaitan daftar tanah masyarakat Orang Asli, mereka mendakwa telah mendapat maklumat bahawa tanah saka dan tanah rayau mereka tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.
Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Kembalikan hak kami" dan 'Jangan rampas hak kami". Malaysiakini

Harap-harap tindakan demonstrasi Orang Asli ni dapat perhatian sewajarnya dari pihak-pihak berkenaan dan akan dapat tarik sokongan dan simpati dari NGO berkaitan.
Depa ingat Orang Asli ni boleh depa nak buat lebih kurang ka? Boleh ugut-ugut? Jangan taktau, Orang Asli zaman ni dah ramai yang ada broadband, dah ramai yang celik demokrasi dan dah semakin berani.
Gambar cilok dari Malaysiakini
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash