MUAR, 21 Jan (Bernama) -- Dua buah surau, satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di sini mengalami kerosakan kecil selepas terbakar, yang dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi Khamis.Kalau Gereja Metro Tabernacle yang terbakar tu Najib janji nak bagi RM500,000.00 untuk dibina di satu kawasan lain, agak-agak 2 surau yang disyakki dibakar ni akan dapat banyak tu jugak ka?
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kebakaran di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer berlaku pada waktu lebih kurang sama iaitu kira-kira 2.30 pagi. - Bernama
Payah la, tambah pulak bila kerugian awal-awail lagi dah ditafsirkan cuma setakat RM300 saja. Takdak peluang la kariah tu nak dapat surau baru. Boleh dapat takat RM300.00 ajalah kut.
Kat belah Parit Buntar ni takdak pulak cerita gereja ka, surau ka yang kena bakar kes ni. Yang ada pasai isu nama 'Allah' ni pun cuma inisiatif YB Dr. Mujahid buat pertemuan dengan pihak gereja.
Kalau la ada pihak yang jenih bangang yang pi bakar surau kampung aku tu, ok gak. Kot-kot boleh dapat surau baru. Bukan pasai apa, naik meluat aku tengok warna cat surau tu. Ada pulak depa pi pilih warna kuning. Dah tu pulak baru berapa bulan ja dicat dah mula naik berkulat, tentu punya depa guna cat murah.
Nak buat macamana, memang tu cara pemimpin Umno buat projek. Yang lawaknya masa sebelum nak dicat tu, ada kontraktor berkenaan bersembang dengan Pak Imam. Dia kata Pak Imam boleh pilih warna apa nak guna. Heran jugak aku,takkan boleh suka-suka pilih warna apa.Rupa-rupanya cuma boleh pilih dari pilihan yang dia bagi. Dan memang warna kuning itulah pun yang agak boleh sikit pun, nasib baik Pak Imam tu tak pilih warna biru.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash