Menurutnya, Islam tidak mengajar penganutnya memusnahkan rumah ibadat agama lain, sebaliknya menghormati hak serta kebebasan agama mereka.
Nabi Muhammad SAW sendiri melarang umatnya daripada melakukan perkara biadap terhadap mana-mana agama lain selain dari Islam.
Isu pembakaran gereja telah menjadi isu di dalam negara kita. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini telah melakukan perkara yang salah disisi undang-undang.
Insiden untuk menimbulkan provokatif ini sebenarnya dirancang oleh pihak tertentu bagi melaga-lagakan antara agama dan kaum.
Bagi menjelaskan keadaan sebenar satu pertemuan dialog dengan Paderi serta Jawatankuasa Gereja di Parit Buntar telah diadakan di Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.
Seramai 14 Paderi serta Jawatankuasa dari gereja di sekitar sini telah hadir untuk membincangkan isu tersebut.
Di dalam pertemuan lebih satu jam itu, Dr Mujahid telah membuat kenyataan bahawa Islam tidak mengajar penganutnya melakukan kerosakan rumah ibadat mana-mana agama.
Islam mengajar supaya hormat menghormati kepada agama lain, bukannya bertindak jahil melakukan jenayah membakar mana-mana rumah ibadat. Menurut beliau, itu adalah tindakan orang yang tidak faham agama serta dipergunakan oleh pihak tertentu. - Baca selanjutnya di sini