Lagi gambar di sini |
Yang nyatanya hampir semua pihak mengutuk serangan tu, termasuk la pimpinan politik kerajaan dan pembangkang.
Tak kira yang sokong keputusan mahkamah berkenaan penggunaan nama "Allah" ataupun yang menentang keputusan tu, dua-dua pihak menyelar tindakan ganas membakar gereja tu. Sekurang-kurangnya itu yang depa ulas kepada media, dalam hati depa, depa punya pasai.
Yang jelasnya gereja tu tak la rugi tara mana pasai semalam bernama melaporkan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.Dengan peruntukan RM500,000 tu orang kristian kat sit bukan saja akan dapat gereja baru tapi dah tentu dapat gereja yang lebih selesa di tapak lain.
Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru. - Bernama
Berbanding kejadian di surau Taman Menara Maju di Kampug Jawa semalam, agak-agak surau tu berapa Najib nak bagi? Aku rasa bukan takat Najib tak bagi apa-apa, melawat pun tak teringin kut.
SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) -- Cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat sini didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu.
Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, pada Jumaat.
Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.
"Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.
"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tin minuman keras di lorong tersebut dan kita percaya kejadian berlaku disebabkan lelaki itu mabuk," katanya.
Mohamad berkata siasatan awal polis juga mengesyaki kejadian itu tidak dilakukan oleh orang luar berdasarkan batu-bata yang digunakan untuk memecahkan pintu cermin itu sama dengan batu yang terdapat di kawasan surau berkenaan. - Bernama
Media Pengiklanan Baru