PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.Ramai gila tu. Kalau untuk yang di Perak saja pun lebih setengah juta belum mendaftar. Yang paling buat aku sedih tu pasainya yang mendaftar sepanjang suku ke 4 2009 baru ni untuk negeri Perak, yang tempoh semakan tuntutan dan bantahan dibuka sampai 26 Januari ni, jumlah pengundi baru hanya 10,000. iaitu sekitar 2% saja.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).
"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut ratio penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai. - Bernama
Sapa yang harus dipersalahkan? SPR yang tak reti nak promosi? Yang depa reti cuma macamana cara nah menjaga hati dan kepentingan Umno BN terutama sekali pegawai-pegawai atasan SPR.
Adakah lebih sesuai disalahkan parti-parti politik yang malas dan tak reti nak buat kerja. Atau sekurang-kurangnya memang tak reti buat kerja ikut keutamaan?
Ataupun mungkinkah jugak pasai depa-depa yang tak mau mendaftar sebagai pewngundi tu memang dah meluat dengan politik Malaysia yang tak habih-habih bergaduh sepanjang masa dalam semua hal.
Yang aku sakit hatinya SPR macam saja buat-buat sibuk. Yang terbaru sibuk nak buat kajian cadangan nak benarkan golongan lain selain pasukan keselamatan dan petugas SPR untuk boleh jadi pengundi Pos. Saja nak ujudkan lebih ruang untuk 'pengundi hantu' la tu.
PUTRAJAYA 19 Jan. – Doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.
Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis. - Utusan
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash