KOTA BHARU, 13 Jan: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan kepada anaknya, Nik Mohamad Abduh, untuk mengekalkan jawatan dalam agensi kerajaan atau sebaliknya, memandangkan beliau sudah aqil baligh.Kalau tanya aku, lagi cepat letak lagi bagus.
Menurutnya, keputusan itu tidak perlu dibincangkan dengannya memandangkan Nik Abduh sudah dewasa.
Katanya, lagipun anaknya itu sebenarnya meminati perniagaan, jadi tindakan itu (melepaskan jawatan) begitu wajar memandangkan minatnya dalam bidang berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Nik Abduh yang akan meletakkan dua jawatan yang dilantik melalui lantikan politik termasuk sebagai Pengerusi Binaraya Sdn Bhd yang dijangka tampat kontraknya tahun hadapan.
Katanya lagi, beliau tidak berhasrat untuk menghalang tindakan anaknya itu memandangkan setiap manusia mempunyai minat yang berbeza. - Harakahdaily
Pasainya aku kategorikan keadaan² macam ni dalah kategori 'syubhah'. KAlau ikut kaedah fiqh, bernda syubhah kena ditinggalkan,jangan diamalkam, pasai takut terjatuh di sebelah haram.
Apa masalahnya kalau anak-anak pimpinan tak terlibat langsung dengan jawatan² dalam kerajaan terutama sekali lantikan politik. Kalau lantik orang lain, lagi ramai yang boleh 'bekerja' untuk kerajaan.
Macam² alasan boleh dibagi nak 'menghalalkan' benda ni, tapi yang sohehnya, kedudukan depa tu memang akan 'mengganggu' pentadbiran, akan ada tindakan² yang bersifat 'favour' kerana faktor kekeluargaan. Satu bentuk ketidakadilan kepada oang yang takdak faktor kekeluargaan.
Lagi satu keburukannya, apa² kesalahan atau kesilapan yang dilakukan akan lebih menjejaskan nama baik pimpinan tu. Contohnya kalau lah Nik Abduh terbuat silap atau 'terperangkap', nama TG Nik Aziz akan teruk terjejas.
Lagi pun, takkan mati tak makan kalau anak cucu Tok Guru kalau Nik Abduh tak dilantih apa-apa jawatan yang ada elaun dengan kerajaan negeri. Kalau atas alasan 'untuk berkhidmat' atau 'untuk menimba pengalaman', banyak lagi cara dan saluran lain.
Lagi satu, pada aku, benda² macam tu sebenar adalah 'harga' yang perlu depa bayar kerana ditakdirkan menjadi anak kepada pimpinan.
Media Pengiklanan Baru