Senjata Kelab Penyokong Umno BN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 13, 2010

Senjata Kelab Penyokong Umno BN

Berita bawah ni pun mengingatkan aku kepada Daftar Pemilih. Kali ni aku nak hurai sikit apa 'persepsi' aku berkenaan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara yang bertindak sebagai 'Kelab Penyokong Umno BN'.

Bernama hari ni melaporkan
Kementerian Dalam Negeri akan menggembleng anggota polis dan kakitangan agensi lain di bawah kementerian itu untuk menyerahkan lebih 400,000 kad pengenalan pintar (MyKad) yang belum dituntut terutamanya oleh pemilik di kawasan pedalaman.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk membolehkan rakyat memiliki MyKad kerana menyedari kesulitan yang dialami penduduk di kawasan pedalaman. Bernama


Untuk mengujudkan 'pengundi hantu' kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara amat diperlukan oleh Umno BN kerana Spr tidak boleh sewenang²nya 'mengujudkan' pengundi baru atau mengubah alamat pengundi kerana setiap pengundi di dalam daftar pemilih adalah unik dan dikenali melalui nombor kad pengenalan.

Jika dilihat balik kes di Likas, Sabah,
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang diadakan pada tahun 1999 sebagai batal kerana terdapat pengundi hantu yang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan tersebut.
Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam penghakimannya berkata, daftar pemilih 1998 bagi kawasan tersebut adalah tidak sah.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, beliau yakin terdapat pengundi yang tidak wujud atau apa yang disebut sebagai `pengundi hantu' di kawasan DUN Likas.
``Kewujudan pengundi bukan di kalangan warganegara dan pengundi hantu dalam daftar pemilih seperti yang disebutkan dalam perbicaraan mungkin hanya bahagian kecil daripada sesuatu yang lebih besar,'' kata beliau. - Utusan
Harus barang diingat yang kedudukan geografi Sabah dan Kelantan hampir sama kerana bersempadan dengan negara jiran. Apakah mustahil warganegara Thailand diberi kad pengenalan diberi untuk mengundi Umno BN macam macam yang dibuat di Sabah?

Satu lagi cara adalah menggunakan pengundi rakyat Malaysia sendiri. Peglibatan JPN perlu dalam proses untuk mengubah alamat di dalam kad pengenalan yang kemudiannya akan disambung tugas oleh SPR untuk mendaftarkan mana tersebut atau mengubah tempat mengundi penama tersebut pengundi berdasarkan alamat tersebut. 


Dengan adanya lebih 400,000 MyKad, lebih memudahkan lagi. Spr cuma perlu pilih dari senarai tersebut untuk didaftarkan.

Apakah perisai Pas Kelantan PRU10 masih ampuh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...