Makcik Esah dah dilawat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 13, 2010

Makcik Esah dah dilawat

Sambungan dari artikel aku sebelum ni di sini, selepas di siarkan dalam sinar harian, Adun Gunung Semanggol dah pun buat tindakan susulan
Aktiviti hari ni saya mulakan dengan melawat seorang makcik yang kakinya baru saja dipotong untuk kali kedua akibat kencing manis.Bersama-sama saya adalah saudara Muslan.Sesampainya saya,secara kebetulan Puan Ewah baru saja hendak ke klinik untuk rawatan lanjutan jadi sempat juga saya berbual dgn beliau di samping menghulurkan sedikit sumbangan.


Seterusnya saya bertolak pula ke rumah Puan Esah Endan yang terletak di Parit Haji Taib 3.Puan Esah telah tinggal di pondok yang daif ini selama lebih 20 tahun.Beliau yang buta sebelah mata hanya bergantung kepada bantuan JKM n jiran-jiran berdekatan.Sedikit sumbangan saya hulurkan untuk membeli keperluan beliau.- Adun Gunung Semanggol
Aku yakin, bukan takat Hj Ramli Tusin yang dah pi melawat makcik ni, pemimpin Umno pun tentu dah pi melawat.

Harap², ada pihak yang menguruskan kes makcik ni dengan Bahagian Zakat JAIP pasai kalau tak salah aku, depa ada peruntukan untuk bina rumah kepada orang miskin yang memerlukan. Selain dari JAIP, ada lagi beberapa 'penyumbang' dari kalangan syarikat koperat yang menyediakan peruntukan untuk membaiki rumah.

Harap² kehidupan Makcik Esah berubah jadi lebih baik lepas ni walaupun tak sebaik nasib siti

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...