Kalau tak silap aku kampung ni masih lagi menggunakan bahasa banjar sebagai bahasa utama. Tak hairan lah kalau tak silap aku Parit Haji Taib ni memang kubu Pas sejak dulu. Memang orang banjar ni majoritinya penyokong kuat Pas terutamanya di sebelah dareah Kerian ni.
Adakah maksudnya wakil takyat Pakatan Rakyat tak buat kerja? Aku harap depa dah buat kerja dan aku yakin depa ada buat kerja tapi hasilnya mungkin tak seberapa sebab negeri Perak Umno dah rampas.
Cumanya kalau dah buat kerja, terutamanya yang melibatkan Makcik Esah ni, elok la di war²kan. Kita buat kerja politik ni nak kena bagitau kat orang, bukan nak menunjuk² tapi memang nak kena tunjuk. Bila tunjuk baru orang tau, baru boleh jadi 'faktor' untuk orang undi kita.
Alang² dan masuk paper ni, kut² Pas dan Pkr Bagan Serai boleh jawab 'spalan' ni cantek jugak. Nak lagi cantek bagi jawapan dalam bentuk berita atas tindakan yang telah dibuat.
20 tahun Esah tinggal dalam pondok buruk
PARIT HAJI TAIB 3 - Seorang warga emas, Esah Endan, 63, yang hidup sebatang kara kini menumpang tinggal lebih 20 tahun di sebuah pondok buruk yang dibina penduduk kampung atas tanah milik jirannya di Parit Haji Taib, Alor Pongsu.
Jirannya, Rozilah Razali, 50, berkata, Esah yang buta sebelah matanya pernah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM70 sebulan sebelum ini dan ditambah RM100 sebulan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, Esah tidak mempunyai anak kerana tidak pernah berkahwin sehingga usia emasnya dan kini hanya meneruskan hidup seorang diri dengan mengharapkan ihsan daripada jiran tetangga.
“Setiap hari dia akan mandi di rumah saya disebabkan rumahnya yang daif tanpa bilik mandi.
Katanya, dia tidak keberatan berkongsi dengannya memandangkan dia juga baru kematian suami dan hanya berdua bersama anak yang masih bersekolah.
Menurutnya, Esah akan memasak setiap hari di rumahnya yang hanya terdapat ruang tidur dan dapur.
Katanya, dari segi keperluan dapurnya Esah akan mengirim kepada anak-anak jiran yang akan ke kedai setiap hari bagi membantu Esah.
Beliau berkata, apabila melihat keadaan Esah yang setiap bulan terpaksa ke pekan untuk mengambil ubat di farmasi disebabkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas saya sendiri merasa sebak.
Katanya, Esah ada mengeluh padanya menyatakan kesusahannya untuk ke hospital dan klinik kerajaan yang terletak jauh dari rumahnya iaitu di pekan Bagan Serai.
“Jiran-jiran akan membantu menghantar Esah ke farmasi berdekatan untuk mengambil ubat itu pun jika mempunyai kelapangan masa.
“Selain tidak mempunyai kudrat yang kuat Esah juga tidak ada sumber pendapatan yang lain dan hanya bergantung penuh kepada bantuan bulanan RM100 dari pihak JKM dan sewa tanah sawah sekangkang kera miliknya kepada penduduk yang mengerjakan.
Katanya, selain makan dan minum perbelanjaan Esah banyak digunakan untuk kos ubat-ubatan yang ada kalanya melebihi RM50 setiap bulan.
“Sebagai jiran saya amat simpati akan nasib yang menimpa Esah dan berharap pihak JKM dapat menambah lagi kos bantuan kepadanya yang kini lebih kepada ubat-ubatan disebabkan sakit darah tinggi yang dialaminya semakin parah.
Seorang lagi jiran, Rosmah Mat Ali, 39, berkata, rumah usang yang dihuninya juga kini semakin condong dan hanya menanti untuk roboh.
“Saya amat khuatir keselamatan Esah yang tinggal seorang diri tambahan lagi apabila hujan lebat dan angin kencang.
Menurutnya, rumah yang sudah uzur itu dikhuatiri roboh apabila ditiup angin kencang sehingga melibatkan nyawanya.
“Sebagai jiran prihatin saya amat berharap pihak berwajib dapat melihat penderitaan yang di tanggung oleh Esah dengan menyediakan bantuan perumahan supaya dia dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna selagi hayatnya ada.
Menurut Rosmah, tidak ada seorang pun yang tidak akan bersedih melihat penderitaan Esah yang tinggal seorang diri di dalam pondok yang seakan-akan reban ayam itu.
“Saya amat berharap pihak yang bertanggungjawab tampil melihat dan menghulurkan bantuan kepada Esah yang benar-benar memerlukan terutamanya bantuan perumahan,” katanya. Sinar
Media Pengiklanan Baru