Parit Buntar bertambah kerusi Dun? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 13, 2010

Parit Buntar bertambah kerusi Dun?

Aku nak tengok jugak macamana rupa peta sempadan pilihanraya yang terbaru. Agak-agak rupa macam apa pulak.

Masa sempadan semula kat Kedah dulu, Hj Mahfus ada kata peta sempadan tu macam ubi keledek, ikut suka nak jadi bentuk apa pun semata-mata nak mengurangkan kerusi wakil rakyat Pas.

Kalau persempadanan kali ni melibatkan Perak, cantik jugak. Harap-harap boleh tambah satu Dun lagi kat Parlimen Parit Buntar. Pasainya Parit Buntar cuma ada dua Dun saja sampai hari ni sedangkan kebanyakan Parlimen lain di Perak ada 3 Dun.

Lagi satu pasai jumlah pengundi di Parit Buntar ni ramai, walaupun kawasan kecik tapi penduduk padat, memang sesuai kalau pecah jadi 3 Dun.

Kalau ditambah lagi satu Dun, bertambah lagi laa peluang untuk sapa-sapa yang teringin nak jadi YB.



Draf Persempadanan Semula Ke Pejabat PM, Bukti SPR Tidak Bebas

undi.jpgParti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan kerelevenan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang akan mengemukakan draf persempadanan semula melalui Pejabat Perdana menteri sebelum dibawa ke Parlimen. Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan.

Perdana Menteri merupakan seorang ahli parti politik yang berkepentingan dalam urusan Pilihanraya dan turut menjadi calon setiap kali ada pilihanraya. Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ianya boleh dipinda sesuka hati oleh Perdana menteri mengikut kepentingan partinya.Kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam Kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.

SPR sewajarnya menjadi badan bebas yang tubuhkan melalui Akta yang dibentangkan di Parlimen. SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap dokumen atau draf hanya perlu dilihat oleh ahli Parlimen termasuk Perdana Menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke Mesyuarat Kabinet terlebih dahulu untuk di edit.

Kabinet merupakan jawatankuasa eksekutif tertinggi negara, bukannya badan perundangan yang boleh menentukan kerelevenan sesuatu pindaan. Malah Kabinet yang ada pada hari ini dilihat mempunyai kepentingan yang tinggi dalam semua isu dan perkara.

PAS juga berharap agar setiap Suruhanjaya yang dibentuk melalui akta Parlimen hendaklah selepas ini merujuk terus kepada Parlimen dan tidak perlu lagi mengetuk pintu kabinet kerana keputusan mewujudkan Suruhajaya adalah keputusan Parlimen bukan Kabinet. Maka, Suruhanjaya harus bertanggungjawab dan menjawab terus kepada Parlimen.

Ketelusan sistem Kabinet, Parlimen dan Suruhanjaya nampak kabur dinegara ini kerana tiadanya pengasingan kuasa yang jelas. Konteks pentadbiran negara menjadi begitu berkecamuk dimana, parti yang memerintah mempunyai kuasa yang begitu dominan walau apa jua jawatankuasa yang ditubuhkan kerana masih ada kuasa ditangan mereka untuk menentukan sesuatu keputusan berdasarkan kepentingan parti mereka. Parti yang memerintah juga duduk dalam kuasa Perundangan dan Eksekutif serta turut mempengaruhi perjalanan kuasa Kehakiman termasuk dalam soal menentukan Ketua Hakim Negara. Jadi tidak nampak pengasingan kuasa disitu.

Oleh itu, PAS menyeru agar Ahli Parlimen Malaysia membuka mata dan mengkaji isu ini bagi memastikan institusi Parlimen mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan Kabinet menjadi Badan Eksekutif yang hanya melaksanakan keputusan Parlimen, bukan sebagai badan yang menentukan arah tuju Parlimen mengikut telunjuk Perdana Menteri.

PAS tidak beriman dengan demokrasi, tetapi menganggap demokrasi sebagai alat untuk mencapai kebersamaan politik dimana jika sistemnya betul, keadilan untuk rakyat dapat ditegakkan dan penindasan dapat dihapuskan.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...