KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie dan Ketua Umno Bahagian Ipoh Timur Datuk Azian Osman mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Armani Mahiruddin.
Heng, 46, dilantik bagi penggal kedua oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, manakala Azian, 50, yang sebelum ini dilantik oleh DUN Perak kini menerima lantikan baru oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk penggal kedua.
Heng yang juga Setiausaha Agung Wanita MCA dan Ketua Wanita MCA Perak memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Perak.
Azian pula yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai Peguambela dan Peguamcara sebelum bergiat aktif sebagai ahli politik dan perniagaan.
Beliau juga adalah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad, ahli lembaga pengarah Perak Corporation Berhad dan Presiden Persatuan Bola Sepak Ipoh. [bernama]
Yang pertama dilantik semula supaya dia boleh terus pegang jawatan sebagai Timbalan Menteri mewakili MCA sebagai wakil komponen BN. Nak buat macamana, dah takdak wakil rakyat MCA lagi dah, kena lantik jugak la walau senator pun, kalau dak depa takut nanti orang cina marah pulak.
Yang sorang lagi pulak, dilantik atas kouta wakil kerajaan Perak, hasil sidang cacamerba Dun Perak 27 Oktober 2009. Masa sidang tu kedua-dua pihak saling memilih senator untuk pihak masing-masing. Geng Dr. Zambry luluskan Azian Osman sebagai senator manakala geng Hj Nizar pulak pilih Osman Abdul Rahman.
Hari ni, pilihan geng MB 'Haram' Perak dah pun angkat sumpah sebagai senator. Lepas ni mungkin ada pulak yang label Dewan Negara sebagai "haram' pulak pasai lantik 'senator haram.'
Mula-mula MB Haram, lepas tu Speaker Haram, kali ni Senator Haram pulak. Memang HARAM JADAH.
Harap-harap awai tahun depan, semua yang 'haram' kat perak ni akan terhapus bila Umno BN dah jadi anak jantan dengan setuju membubarkan Dun Perak. Tapi aku rasa depa takkan berani punya pasai depa bukan anak jantan, mungkin depa pun 'ANAK HARAM' kut!!!
Media Pengiklanan Baru